Bikin Mobile Android Korang Jadi PC Gaming Berkuasa Tinggi Dengan App GeForce NOW!

Bila Nvidia sendiri cakap, “(app) GeForce NOW boleh mengubah peranti Android menjadi PC gaming berkuasa tinggi menggunakan kuasa GPU Nvidia yang di-strim dari cloud!” – adakah nikmat mobile gaming masih mahu kau dustakan?

Selepas mengumumkannya di gamescom 2019 dengan kejayaan Nvidia menguasakan 1 billion PC berkuasa rendah – GeForce NOW yang menawarkan servis strim GPU dari cloud milik Nvidia kini tersedia bagi peranti-peranti Android di Korea. 

Bagi kawasan lain, app ini takkan dijumpai di dalam Play Store, tetapi APKnya yang bersaiz kurang daripada 30MB telah diupload ke APKMirror

Korang yang dah gatal-gatal tangan untuk menikmati kuasa PC Gaming dengan GPU Nvidia di mobile Android korang bagaimanapun kene tunggu duluSebab untuk menggunakannya app ini, korang memerlukan akses ke sesi beta GeForce NOW. Khabarnya, suatu sistem langganan/subscription akan diumumkan oleh Nvidia kelak.

Menurut deskripsi app ini, GeForce NOW akan boleh digunakan peranti Android dengan sekurang-kurangnya dari 2GB RAM dan dari Android 5.0 ke atas. 

Untuk penggunaan yang optimum, sambungkan capaian internet korang menggunakan WiFi 5GHz dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15Mbps. Jangan pulak membazir gunakan mobile data korang – melainkan korang ada pelan mobile data unlimited.

Korang juga digalakkan menggunakan gamepad Bluetooth yang dicadangkan seperti;

  • SHIELD controller: www.nvidia.com/en-us/shield/shop/
  • Razer Raiju Mobile: www.razer.com/gaming-controllers/razer-raiju-mobile
  • Steelseries Stratus Duo: steelseri.es/nvidiasd

Apa-apa pun, ini sememangnya berita baik bagi merapatkan jurang sesama PC dan mobile gamers sekalian. Platform tolak tepi, janji kita seronok gaming ramai-ramai.

1 komen

JomKomen!