Menu
in , ,

Bidaan Jenama Untuk Skin Fall Guys Berjaya Kumpul RM4.15 Juta, Didermakan Ke Kebajikan

Kira-kira dua minggu lalu, komuniti Fall Guys dihangatkan dengan pelbagai syarikat dan jenama melobi pembangunnya untuk memasukkan jenama mereka masing-masing ke dalam game battle royale yang cukup popular itu. Maka ramailah yang membida dengan jumlah wang tertinggi.

Kini, akaun Twitter rasmi Fall Guys telah mengumumkan pemenangnya. Bukan satu, bukan dua, tapi empat pemenang dinobatkan dalam bidaan ini iaitu G2 Esports, Aim Lab, MrBeast, dan Ninja. Keempat-empat entiti ini berjaya mengumpulkan jumlah wang bidaan terkumpul sebanyak USD1 juta (RM4.15 juta), yang mana kesemua 100% wang tersebut akan didermakan ke sebuah badan kebajikan yang digelar SpecialEffect.

Pada satu ketika, FGTeev kelihatan bakal dinobatkan sebagai bidaan tertinggi sebanyak USD510,000 (RM2.11 juta). Namun di saat akhir, G2 Esports, Aim Lab, MrBeast, dan Ninja telah membentuk satu pakatan dan meletakkan bidaan kira-kira dua kali ganda.

Bermakna, setiap satu daripada empat entiti ini, jenama mereka akan diabadikan sebagai antara skin kostum yang akan ditampilkan dalam Fall Guys.

Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version