in ,

Biar Developer Lain Yang Buat Uncharted 5, Kata Naughty Dog!

Di sebalik pengesahan bahawa Uncharted 4 adalah siri terakhir untuk francais ini, Naughty Dog tidak menolak kemungkinan wujud Uncharted 5!

uncharted

Sebelum ini, Naughty Dog telah mengesahkan bahawa Uncharted 4 merupakan siri terakhir yang akan mereka bangunkan dalam francais ini. Ia juga merupakan perjalanan terakhir Nathan Drake sebagai watak utama dalam siri ini. Namun, Pengarah Uncharted 4, Neil Druckmann tidak menolak kemungkinan sekiranya francais ini akan disambung oleh developer lain pula.

Francais Uncharted merupakan antara siri eksklusif Sony yang paling berjaya, jadi, untuk tujuan komersial, pastinya kemungkinan untuk kita melihat episod kelima francais ini tetap ada. Sony juga sedang dalam pembangunan awal untuk mengeluarkan filem Uncharted.

uncharted

Dalam satu temu ramah yang dilakukan GamesRadar bersama Druckmann, beliau memberi komen lanjut mengenai perkara ini. Walaupun tiada apa yang dapat disahkan kini, Druckmann berkata beliau semestinya gembira sekiranya francais ini diteruskan, tetapi hanya jika developer lain itu mampu memainkan “jiwa” Uncharted dengan betul.

Beliau menambah, “Saya pasti teringin memainkan siri Uncharted yang bukan diusahakan saya. Pasti ia adalah sesuatu yang menyeronokkan.”

Keempat-empat siri Uncharted yang utama sebelum ini adalah hasil kerja Naughty Dog. Manakala, siri Uncharted yang dikeluarkan di PlayStation Vita, iaitu Golden Abyss dan Fight For Fortune dibangunkan oleh Sony Bend. The Nathan Drake Collection pula dibangunkan oleh Bluepoint Games.

26151980806_7c43ca5332_o

Sebelum ini, Lead Designer, Ricky Cambier mengatakan bahawa pastinya terdapat beberapa aspek dari segi teknologi yang mampu ditambahbaik selepas Uncharted 4.

Naughty Dog juga telah mendedahkan bahawa pengakhiran Uncharted 4 akan membuat para pemain berbelah bahagi dan bertengkar.

Trailer CGI untuk Uncharted 4 juga telah dikeluarkan. Anda boleh tontonnya di sini.

Naughty Dog juga telah berkongsi bagaimana mereka mengakhiri perjalanan dan pengalaman mereka dalam siri Uncharted ini dengan penuh emosi.

Selain itu, mereka telah menerangkan bagaimana mereka membina grafik secantik ini dalam Uncharted 4, dan juga mengatakan sistem stealth dalam The Last of Us akan digunakan dalam game ini.

Selepas ditunda sebanyak tiga kali, tarikh pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End adalah pada 10 Mei 2016, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gear Of War 4: Game Eksklusif Xbox Sudah Ada Tarikh Release!

5 Sebab Kenapa Korang Perlu Beli Special Edition Uncharted 4: A Thief’s End!