in , ,

Beware: Game Pemanduan Seram Kini Sudah Mempunyai Demo Yang Boleh Dimainkan

Beware atau nama asalnya, Driving Survival mengambil langkah baru dalam genre survival horror apabila game itu memerlukan pemain untuk memandu kereta sambil dikejar dan diburu oleh pihak dan dalam masa yang sama pemain akan cuba mengumpul maklumat yang berada di persekitaran luar tingkap kereta. 

Korang boleh muat turun demo di sini. Ia masih berada di peringkat awal, jadi akan ada bugs tapi visualnya memukau. Demo itu mempunyai satu misi di mana pemain perlu mengekori lembaga misteri di kawasan hutan. Jika korang mahukan maklumat lebih lanjut, thread Reddit ini akan memberitahu dengan lebih mendalam mengenai misi itu (spoiler).

Video gameplay berdurasi lima minit di atas dimuat naik oleh pengguna YouTube, Ray Fields ini memaparkan pemain dikejar oleh sebuah kereta yang cuba untuk merempuh kereta pemain dan apabila kereta itu berjaya merempuh kereta pemain, beberapa lembaga hitam cuba untuk menghentak tingkap kereta pemain.

Sumber: PC Gamer

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Inilah Keperluan Spesifikasi Untuk Battlefield V Di PC

Fortnite Berjaya Jual 5 Juta Battle Pass Pada Hari Pertama Season 3