in , ,

Bethesda Tunda Starfield, Redfall Ke Tahun 2023

Bethesda telah mengumumkan penundaan tarikh pelancaran bukan sahaja satu, tetapi dua buah game yang sepatutnya dilancarkan pada tahun ini.

Dua game tersebut ialah game IP baharu yang menjadi game paling dinantikan tahun ini, Starfield dan game shooter co-op, Redfall. Kedua-duanya ditangguhkan pelancarannya kepada separuh pertama 2023.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Bethesda berkata, “Pasukan-pasukan di Arkane Austion (Redfall) dan Bethesda Game Studios (Starfield) mempunyai cita-cita mengagumkan untuk game-game mereka, dan kami mahu memastikan yang anda menerima yang versi-versi yang terbaik, paling digilap.”

Bethesda turut menyatakan yang gameplay dan penerangan lanjut mengenai kedua-dua game itu akan mereka kongsikan tidak lama lagi.

Kemungkinan besar kedua-dua game ini akan ditampilkan dalam acara khas Xbox yang bakal Microsoft anjurkan pada bulan hadapan.

Ketua Xbox, Phil Spencer dalam satu ciapan di Twitter pula mengatakan yang keputusan menundakan game-game ini adalah amat sukar untuk kedua-dua para pembangun dan peminat. Beliau turut berkata yang kualiti dan terus mengekalkan konsisten adalah sesuatu yang diharapkan, dan mereka berjanji untuk terus bekerja keras untuk memenuhi harapan itu.

Penundaan ini bakal menyaksikan jadual yang agak lengang untuk game-game eksklusif yang bakal dilancarkan ke platform Xbox Series pada tahun ini. Buat masa ini, hanya Scorn dan S.T.A.L.K.E.R 2 yang masih berada dalam jadual untuk dilancarkan pada tahun ini, yang mana kedua-duanya tidaklah begitu popular jika dibandingkan dengan populariti yang sudah dicapai Starfield dan Redfall.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Liga, Kelab Yang Akan Terus Bekerjasama Dengan EA Sports FC Selepas Berpisah Dengan FIFA

Dead Space Remake Diumumkan Akan Dilancarkan Pada Januari 2023