in , , , ,

Bethesda Teringin Bawakan Cross-Play Ke Dalam Fallout 76, Tapi Sony Banyak Songeh

Ya, kontroversi cross-play ini semakin lama semakin panas.

Antara game yang sangat dinantikan daripada Bethesda buat masa ini ialah Fallout 76, sebuah game online multuiplayer survival. Bercakap soal multiplayer, semestinya lebih ramai dapat main bersama, lebih meriah jadinya.

Maka, GameStar.de telah bertanya kepada penerbit eksekutif Bethesda, Todd Howard tentang apakah akan ada fungso cross-play antara pemain konsol dan PC dalam Fallout 76. Pastinya, jawapannya kita sudah boleh agak, iaitu yang menjadi penghalang kepada fungsi ini dapat dijalankan sepenuhnya ialah disebabkan keengganan Sony turut serta.

“Kami amat berbesar hati untuk lakukannya (cross-play), tapi buat masa sekarang, ia tidak mungkin,” kata Howard sebelum menambah, “Sony tidak membantu seperti mana yang kami mahu mereka untuk membantu.”

Walau bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada mereka akan terus melakukan cross-play antara PC dan Xbox sekiranya Sony tidak mahu serta ataupun tidak.

Pada masa kini, Sony hanya membenarkan cross-play antara PC dan PS4 untuk beberapa game. Antaranya dalam Rocket League dan Fortnite.

JomBaca: Sony Yakin Akan Temui Solusi Kepada Isu Cross-Play Dengan Platform Pesaing Lain

Fallout 76 akan dilancarkan pada 14 November 2018 di PC, PS4 dan Xbox One.

Terima kasih, Game Informer.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

iCON|Syno Gunakan Senjata Rahsianya – Team iCON Layak Ke Regular Season 2 MPL!

Bloodborne 2, Sunset Overdrive 2 Dan Banyak Lagi Telah Tertiris Di Amazon Itali