in

Bethesda Sedang Membangunkan 7 Game – Fallout 4 VR, Skyrim Switch Jadi Tumpuan

Pengarah Bethesda, Todd Howard mendedahkan studio beliau sedang membangunkan 7 game – termasuk 3 game besar, 2 versi port dan 1 mobile game.

Beliau berkata antara game-game yang dibangunkan ada versi VR bagi Fallout 4, Skyrim versi port untuk Nintendo Switch dan sebuah mobile game. Namun jika dikira-kira baru 6 game sahaja – apa cerita?

Di dalam satu temuramah bersama IGN, Howard mengesahkan Bethesda sedang membikin “tujuh projek”, salah satu daripadanya adalah Elder Scrolls 6. Bagaimanapun Howard berkata Fallout 4 VR dan Skyrim Nintendo Switch akan diterbitkan jauh lebih awal berbanding Elder Scrolls 6.

Kini mereka sedang memastikan Fallout 4 VR tidak diubah semasa proses porting, dan pengalaman bermain menjadi perkara utama dalam proses ini. Memandangkan Fallout 4 sudah lama berada di pasaran, mereka ingin memastikan tiada yang berbeza antara kedua-dua versi itu nanti. Tiada tarikh rasmi diumumkan lagi bari Fallout 4 VR.

Selain Fallout 4 VR dan Skyrim Nintendo Switch, Bethesda juga sedang membangunkan sebuah mobile game yang diharap menjadi terkenal seperti Fallout Shelter. Bagaimanapun Howard tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai mobile game tersebut.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Final Fantasy Menerima 3 Anugerah Guinness World Record - Termasuk Siri RPG Paling Banyak Dihasilkan!

Final Fantasy Menerima 3 Anugerah Guinness World Record – Termasuk Siri RPG Paling Banyak Dihasilkan!

Korang Dah Register User ID Nintendo Bagi Nintendo Switch Nanti?