Dalam satu tweet, Bethesda telah mengesahkan dua perkara baharu untuk Starfield yang belum diumumkan dalam acara Xbox semalam.
Pertama, dialog dalam Starfield akan dipaparkan dalam pandangan first-person, dan kedua, karakter yang pemain kawal tidak akan mempunyai suara.
Dalam sejarah, game-game RPG terdahulu yang dibangunkan Bethesda kebanyakannya tidak mempunyai sebarang dialog atau suara untuk karakter utama seperti The Elder Scrolls V: Skyrim dan Fallout 3. Dalam Fallout 4, barulah mereka membawakan suara ke dalam watak utama.
Mungkin disebabkan kritikan yang mereka terima ketika membawakan suara dalam Fallout 4, membuatkan mereka memutuskan untuk tidak meletakkannya dalam Starfield.
Ketika bercakap dengan karakter-karakter lain dalam Starfield, pemain akan melihatnya dari perspektif first-person. Namun, game ini bukanlah 100 peratus dalam pandangan first-person kerana melalui gameplay yang disajikan semalam, kita dapat lihat yang pandangan third-person juga akan ditampilkan.
Comments
Loading…