Sambil mulakan musim Liga Super 2019 dengan jersi baru, jom layan juga pertandingan PES 2019!

Bersempena dengan pelancaran jersi baru Terengganu FC untuk musim 2019, sebuah pertandingan PES 2019 akan dianjurkan di
Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada hujung bulan ini.

Acara ini akan diseliakan oleh Kuppystation dan diiktiraf oleh WEPES Terengganu E-League, serta ditaja oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Terengganu FC, dan Kopi Super Jantan.

Apa yang paling menarik tentang pertandingan ini adalah setiap pemain hanya dibenarkan bermain menggunakan pasukan-pasukan dari liga tempatan, yang mana patch tersebut disediakan oleh MSL Patch PESLOXdesign.

Berikut adalah butiran lanjut yang korang perlu tahu tentang acara ini:

Nama Acara: Terengganu FC PES 2019 Challenge
Lokasi: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu
Tarikh: 26 Januari 2019
Masa: 9 pagi hingga 6 petang
Yuran Pendaftaran: RM30 (sebelum 20 Januari) / RM40 (Selepas 20 Januari)
Hadiah Kemenangan:
Juara: RM800 + barangan TFC & Kopi Super Jantan
Naib Juara: RM500 + barangan TFC & Kopi Super Jantan
Tempat Ketiga: RM300 + barangan TFC & Kopi Super Jantan
Tempat Keempat: RM200 + barangan TFC & Kopi Super Jantan
Ke-5 hingga Ke-8: Saguhati Barangan TFC & Kopi Super Jantan

Berminat? Untuk mendaftar, korang boleh lawati ke laman Facebook Event ini.

JomKomen!