in ,

Bermula Julai, Semua Game Baru PS4 Wajib Boleh Dimainkan Di PS5 Apabila Dihantar Untuk Pengesahan Sony

Sony telah memberitahu para pembangun bahawa setiap game baharu PS4 yang akan dihantar untuk mendapatkan pengesahan, wajib mempunyai keupayaan untuk dimainkan di PS5.

Menurut Eurogamer, peraturan ini ditetapkan oleh Sony untuk setiap game baharu yang dihantar untuk semakan pengesahan bermula pada 13 Julai ini.

Eurogamer telah melihat dokumentasi yang dikeluarkan oleh Sony kepada para pembangun. Dokumentasi itu mendedahkan apakah yang dimaksudkan dengan sesebuah game itu mempunyai “compatibility” untuk PS5 — iaitu kod game yang dihantar itu perlu mampu dimainkan di konsol generasi akan datang itu tanpa sebarang isu, dan menyediakan fungsi yang sama di PS5 seperti mana yang ada di PS4.

Dalam kata mudah, sesebuah game tidak boleh dilabelkan sebagai mempunyai “compatibility” untuk PS5 sekiranya ada sesetengah mode di PS4 tidak terdapat di PS5. Sony menegaskan bahawa setiap patch atau kemaskini yang dibawakan ke dalam game tersebut, wajib tersedia untuk PS5 juga. Bermakna, sekali ia telah lulus “compatible” untuk PS5, maka ia wajib selamanya “compatible”.

Bagi game-game yang telahpun dihantar dan dilancarkan sebelum 13 Julai ini, Sony tidak mewajibkan game tersebut untuk lulus peraturan “compatibility” untuk PS5 ini, tetapi Sony mengatakan ianya sesuatu yang “amat digalakkan” untuk dilakukan. Bermakna, jangan terlalu berharap kepada game-game lama memiliki keupayaan untuk bermain di PS5 kerana ia tertakluk kepada pilihan pembangun masing-masing walaupun Sony tetap “amat menggalakkannya”.

Laporan Eurogamer ini turut mengesahkan bahawa sebagai sebuah game eksklusif PS4 yang besar, walaupun telah mendapat pengesahan sebelum 13 Julai, Ghost of Tsushima dan The Last of Us Part II akan boleh dimainkan di PS5 tanpa sebarang isu.

Gameplay Baru The Last of Us Part II Buatkan Peminat Bercakap Tentang PlayStation Vita

Mungkinkah kita akan mendapat butiran lanjut tentang backward compatibility untuk PS5 ini dalam livestream acara PS5 pada minggu hadapan? Sama-samalah kita nantikan.

Walaupun di sebalik situasi wabak pandemik yang melanda dunia, Sony masih lagi menyatakan yang PS5 tetap akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rasmi: Acara Pertama PS5 Akan Diadakan Minggu Depan, Berlangsung Selama Lebih 1 Jam

Rasmi: Acara Pertama PS5 Akan Diadakan Minggu Depan, Berlangsung Selama Lebih 1 Jam

38 Game PS5 Telah Tertiris Dari Majalah Rasmi PlayStation – Battlefield 6, Dragon Age 4, Rainbow Six Quarantine