Sejak dilancarkan pada Julai lalu, Guardian Tales kini merupakan antara game RPG yang paling menarik untuk dimainkan di platform mobile. Terkini, mereka sedang mengadakan satu acara menarik untuk semua pemain setia.
Acara pertama ialah ’50 Free Summon’. Dari 26 September hingga 5 Oktober, pemain berpeluang melakukan 10 kali summon setiap hari sehingga 50 summon. Acara ini hanya berlangsung selama 10 hari, maka pastikan korang log masuk dan summon untuk 5 hari berturut-turut.
Kemudian, Guardian Tales bukan sahaja akan melancarkan satu hero baharu, malah satu chapter utama baharu. Bagi meraikan pelancarannya, game ini akan mengadakan acara di mana pemain boleh mengumpulkan mata dalam Chapter dan Rifts, atau juga dalam Colosseum dan Arena.
Guardian Tales merupakan sebuah game mobile adventure RPG yang penuh dengan teka-teki yang mencabar, grafik pixelated yang klasik, dan jalan cerita yang mencuit hati. Korang boleh mainkannya di iOS dan Android.
Comments
Loading…