in , ,

Bermacam Jenama Sedang Membida Untuk Masukkan Karakter Mereka Dalam Fall Guys

Selain gameplay yang menghiburkan, satu lagi tarikan utama Fall Guys ialah rekaan karakternya yang mencuit hati.

Sejak hari pertama pelancaran lagi, Fall Guys telah ‘dibodek’ dengan pelbagai syarikat dan jenama untuk karakter bertemakan jenama mereka dimasukkan secara rasmi ke dalam Fall Guys. Antara jenama terawal yang melobi ialah KFC Gaming dan Walmart Canada Gaming.

https://twitter.com/WalmartCAGaming/status/1291404319636561920?s=20
https://twitter.com/kfcgaming/status/1292874018895396868

Setelah ‘dilamar’ oleh terlalu banyak jenama, pembangun Fall Guys telah memikirkan satu cara untuk menyelesaikan isu ini. Mereka telah membuka bidaan untuk syarikat mana yang akan dimasukkan ke dalam Fall Guys. Satu jenama dengan wang bidaan tertinggi, karakter yang bertemakan jenama mereka akan diabadikan ke dalam Fall Guys.

Apa yang menarik ialah wang bidaan tersebut akan didermakan kepada SpecialEffect — sebuah organisasi amal yang membantu gamer kelainan upaya untuk terus bermain game melalui pelbagai alat bantuan yang dihasilkan mereka.

Semasa artikel ini ditulis, G2 Esports sedang mendahului bidaan ini dengan wang sebanyak USD203,003 (~RM849,059), yang mengatasi bidaan Ninja sebelum itu sebanyak USD200,00 (~RM836,499).

https://twitter.com/G2esports/status/1295787296961310720?s=20

Mediatonic telah mengatakan yang mereka akan membuka bidaan ini sehingga dua minggu lagi untuk melihat sejauh mana jenama-jenama ini teringin benar untuk terus menunggang populariti Fall Guys untuk melonjakkan jenama mereka.

Fall Guys kini boleh dimainkan di PC dan PS4.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fall Guys: Korang Takkan Percaya Macam Mana Pemain Ini Menang Pusingan Final

Fall Guys: Korang Takkan Percaya Macam Mana Pemain Ini Menang Pusingan Final

No Straight Roads Memperlihatkan Gameplay Pertama Nintendo Switch, Mode 3 Pemain Eksklusif

No Straight Roads Memperlihatkan Gameplay Pertama Nintendo Switch, Mode 3 Pemain Eksklusif