in , ,

Berkomunikasi Dengan Hantu Yang Menakutkan Sebagai Dukun Indonesia Dalam DreadEye VR

DreadEye VR meletakkan pemain sebagai seorang dukun Indonesia. Pemain akan melakukan ritual yang akan memanggil keluar roh-roh yang tidak tenteram untuk berdepan dan berkomunikasi dengan mereka.

Daripada pembina yang pernah menghasilkan game DreadOut, DreadEye VR memerlukan pemain untuk mengikuti buku arahan ritual untuk memanggil roh mati. Ini melibatkan memasak bahan-bahan bersama dan membunyikan loceng untuk memanggil keluar roh mati. Jika pemain tersilap langkah, pemain akan mempunyai akses kepada item jam yang membenarkan pemain untuk menetapkan semula ritual.

Jika pemain mengikuti setiap langkah dengan betul, roh mati akan dipanggil keluar dalam kawasan permainan dan pemain perlu menggunakan lampu suluh untuk mencari roh.

Dari situ, pemain akan dapat mengetahui bahawa mereka sudah dibawa ke tempat lain yang terletak di luar bandar Indonesia. Dan kawasan itu dihantui oleh makhluk-makhluk yang menakutkan.

Pemain perlu menyelesaikan teka-teki dan meneroka kawasan itu yang dipenuhi dengan makhluk pelik, mengelak serangan mereka dan sudah cukup menakutkan untuk menyelesaikan setiap kawasan.

DreadEye VR kini boleh didapati di Steam.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Battle Royale: Battle Pass Diperkenalkan, Kemaskini Dengan Tema Musim Sejuk Dibawakan

Sony Jemput Penyanyi Rap Terkenal Korea Untuk Menyanyikan Lagu Berjudul “Only On PlayStation”