in

Berkenalan Dengan Individu Yang Telah Mencipta Sistem Microtransactions Lama Sebelum Kontroversi Perisai Kuda Oblivion

Lihat bagaimana kepayahan dan begitu obsesnya pembangun game dari segi ekonomi dalam memperkenalkan model free-to-play yang sekarang menguasai dunia industri video game.

Pengasas Iron Realms Entertainment, Matt Mihaly yang pernah melancarkan game Multi User Dungeon (MUD) pertamanya iaitu Achaea: Dreams of Divine Lands. Mihaly mendefinisikan beliau sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan anti-hardcore. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah game text-based RPG yang menampilkan pemain boleh membina kerajaan, sistem kombat dan beratus-ratus emotes.

Tahun 2019, tiada apa yang menarik mengenai game Achaea dan game terbaru Iron Realms iaitu Starmourn, sebuah game MUD sains fiksyen yang mana ia dipenuhi dengan ciri-ciri yang kompleks untuk 12 orang pemain dari pelbagai bangsa untuk menguasai galaksi.

Tapi pada tahun 1997, bisnes MUD telah bertukar menjadi baik kerana model flat-fee terbaru oleh AOL. Pelanggan tidak lagi perlu menerima bayaran setiap jam yang mana Mihaly pernah membayar sekali untuk mengakses dunia online. Dengan langganan flat-fee sekarang menjadi standard kepada semua.

Menurut Mihaly, pada masa itu Achaea penuh dengan bugs. Demi meningkatkan kualti game-nya, beliau mendapat idea untuk memperkenalkan peringkat awal kepada model free-to-play yang mana mereka menjual ‘credits’ yang boleh dibelanjakan ke dalam permainan untuk meningkatkan skill. Sepanjang masa, pemain akan diminta untuk membeli item dan senjata khas untuk memastikan mereka mempunyai kebolehan yang lebih berbanding pemain lain.

Mihaly memprogramkan dalam kumpulan kecil yang dipenuhi dengan item-item terbaik dan membuat jualan lelongan secara langsung dalam game itu. Jualan lelongan tersebut telah meraih sebanyak $5,000. Beberapa transaksi yang berbeza pernah dilakukan sebelum ini tanpa pengetahuan pembangun game, beliau mengesyaki antara admin MUD dan pemain. Tetapi sekarang semua transaksi dilakukan dalam pengetahuan pembangun game dan Achaea telah mendapat jumlah wang yang diperlukan.

Mihaly memanggil item khas sebagai ‘virtual goods’, tapi revolusi microtransactions akan mengambil beberapa tahun akan datang. Game MMO Asia dan kontroversi perisai kuda dalam game Elder Scrolls Oblivion telah mendedahkan idea tersebut seluruh industri video game pada tahun 2000-an. Dan Achaea juga bertanggungjawab dalam memperkenalkan model dual-currency ke dalam setiap game MUD baru mereka.

Secara dasarnya, dual-currency membenarkan pemain membeli credits dengan wang sebenar dan gunakannya untuk membeli in-game currency dalam tukaran khas. Walaupun syarikat itu tidak lagi mendedahkan jumlah keuntungan mereka, mereka pernah mendapat lebih dari $15 sebulan dari setiap pemain dan dalam satu tahap, $75 sebulan.

Sesetengah pemain berpendapat bahawa game itu adalah pay-to-win kerana item-item mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan bukan atas nama kosmetik sahaja, yang mana lebih sukar untuk dijual dalam game text. Mihaly berkata beliau sudah banyak kali mendengar rungutan itu sejak Achaea dilancarkan. Beliau menjelaskan orang yang berpendapatan, tapi mempunyai masa bermain yang sedikit, bertukar dengan orang yang berlawanan situasi.

Sebagai contoh, pemain yang membeli credits dari syarikat, membuat penukaran kepada emas dan perisai dari pembuat perisai, secara tidak langsung ia telah meningkatkan ekonomi tempatan. Ia adalah situasi yang win-win, tapi itu tidak dikira lagi berapa masa yang diambil oleh pemain menyelesaikan PVP.

Mihaly tidak mahu memberikan “butang kemenangan” kepada semua orang. Beliau berkata sesetengah pemain adalah bukan “pelanggan kami”. Mereka yang komited dan bersungguh-sungguh adalah yang mereka sasarkan. Pada lewat 90-an, Achaea telah menjadi objek yang disanjung dalam kalangan pereka game. Raph Koster, ketua pereka game Ultima Online adalah peminat game Achaea.

Pada tahun 2006, Mihaly memulakan syarikat baru, Sparkplay Media, yang mana telah menghasilkan game MMO 3D browser iaitu Runescape. Tapi mereka menghadapi masalah kewangan selepas mereka bergantung sepenuh terhadap microtransactions. Sparkplay melelong game tersebut pada tahun 2010, dan sekarang ia hidup dalam server tertutup.

Sementara Iron Realms, hanya pernah menutup satu game mereka iaitu Midkemia Online dan ia telah diberikan kepada ahli komuniti untuk menguruskannya. Mihaly telah melakukan semua perkara yang dia pernah fikirankan. Ini termasuklah program mentor di mana mentor-mentor menerima peratusan dari pembelian mereka untuk membantu mereka yang baru.

Pada hari ini, Mihaly melihat virtual goods ciptaannya sebagai “anak yang bermasalah”. Beliau sangat kritikal terhadap mobile games dan yang lain-lain mengeksploitasi sistem ini dengan memanggilnya sebagai “compulsion loops”. Malah beliau juga tidak suka game seperti Star Wars Battlefront 2 yang menjual dengan separuh dari kandungannya dikunci di balik sistem pengewangan.

Pada zaman Achaea, syarikat Mihaly melancarkan sistem microtransactions dengan perlahan dan penuh berhati-hati. Kini, semua studio game terjun ke dalam gaung yang sama. Bagaimana perasaan Mihaly tentang legasinya? Beliau membalas dengan ketawa dan berkata “Sememangnya akan ada cabaran dengan persepsi oleh orang awam terhadap perkara ini.”

Sumber: PCgamesn

What do you think?

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Warner Bros. Dilaporkan Telah Batalkan 2 Game Open-World Superman Sejak 2013

Warner Bros. Dilaporkan Telah Batalkan 2 Game Open-World Superman Sejak 2013

Fortnite Bawakan Kandungan Star Wars, Dapatkan Skin Stormtrooper Sekarang

Fortnite Bawakan Kandungan Star Wars, Dapatkan Skin Stormtrooper Sekarang