Seperti tahun lalu, Sony telah menyediakan satu laman untuk para pemain PlayStation menyemak statistik gaming mereka sepanjang tahun 2020.
Ringkasan statistik gaming tahunan ini akan memberikan para pemain beberapa butiran, seperti jumlah keseluruhan jam diluangkan ketika bermain PS4/PS5, bilangan game yang dimainkan, game dengan jumlah jam tertinggi, genre kegemaran, jumlah Trophy yang diperoleh dan banyak lagi.
Ringkasan ini turut membahagikan statistik antara PS4 dan PS5, sekiranya ada yang bermain PS5 pada tahun lalu.
Di akhir laman tersebut, Sony menghadiahkan satu PS4 Theme bagi menghargai para pemain yang meluangkan masa bermain PlayStation pada tahun 2020.
Korang boleh lihat statistik sendiri melalui pautan ini.
Comments
Loading…