Kita akan meneroka Bandar New York sekali lagi pada minggu ini. Jadi, apa kata kita tengok sikit berapa besar sebenarnya map dalam The Division.

division

Walaupun hanya memberikan sedikit sahaja kawasan untuk dimainkan dalam Closed Beta tempoh hari, para pemain sudah merasakan map dalam The Division adalah sangat besar. Puas sudah kami berjalan di bandar pasca-bencana ini, namun masih banyak lagi tempat yang belum diterokai. Walaupun map dalam The Division tidaklah dibuat dengan nisbah 1:1 kepada keluasan sebenar Bandar New York, ia tetap membuatkan kami penat berjalan dan berlari dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

JomBaca: Berapa Besarkah Map Just Cause 3 Jika Dibandingkan Dengan GTA V?

Walau bagaimanapun, adakah ianya cukup besar jika dibandingkan dengan map yang terdapat dalam GTA V dan Fallout 4? MarcoStyle telah membuat perbandingan ini. Dalam video tersebut, beliau telah membandingkan map dalam tiga game tersebut – dan banyak info baru yang kita boleh ambil daripada analisis beliau ini.

division gta
Map GTA V vs The Division.

Setelah melakukan beberapa analisis, beliau telah berjaya memutuskan bahawa gambar di atas adalah perbandingan map dalam The Division dan GTA V. Nampaknya, map dalam The Division adalah jauh lebih kecil daripada GTA V!

Pasti ramai yang akan berkata, “ahh, kecil betul map dalam The Division. Mesti cepat bosan!” Tapi, nanti dulu. Kita harus ingat bahawa, di sebalik kedua-duanya adalah game open-world, namun, cara bermain dalam kedua-dua game ini adalah sangat berbeza, terutamanya apabila kita berbicara tentang bagaimana caranya kita pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam GTA V, kita disajikan dengan pelbagai kenderaan yang tidak terkira banyaknya, manakala dalam The Division, kita hanya berjalan kaki dan berlari dalam map tersebut. Tiada apa-apa kenderaan, hatta sebuah basikal pun.

Jadi? Mengatakan bermain The Division akan cepat bosan kerana map-nya yang kecil mungkin tidak tepat untuk dilontarkan. Pasti kita akan mencungap dan letih untuk berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dengan hanya berjalan kaki!

gta-easter-egg-black-cellphones

Justeru, berdasarkan alasan itu, maknanya, lebih baik kita melakukan perbandingan dengan game open-world yang juga tidak mempunyai apa-apa kenderaan untuk pergi dari satu ke satu tempat yang lain. Jadi, tiada yang lebih sesuai daripada melakukan perbandingan dengan map dalam Fallout 4.

division gta fallout
Map dalam GTA V vs The Division vs Fallout 4.

Berdasarkan gambar di atas, kelihatan map dalam The Division dan Fallout 4 adalah tidak jauh beza antara satu sama lain. Kedua-duanya seakan-akan mempunyai saiz map yang sama!

Tapi, timbul pula persoalan lain. Korang pasti sudah mengetahui bahawa dalam Fallout 4, kita tidak mempunyai banyak bangunan seperti mana yang terdapat dalam The Division. Korang juga pasti mengetahui bahawa tidak semua bangunan dalam The Division boleh di-akses, atau dalam erti kata lain, tidak boleh masuk, berjalan dan melepak di dalam bangunan-bangunan tersebut.

Jadi, dengan kawasan yang lebih luas dalam Fallout 4 serta jalan-jalan yang lebih sempit dan kecil dalam The Division, adakah telah memberikan jawapan bahawa map dalam Fallout 4 lebih besar jika dibandingkan dengan The Division? Korang sendiri jadi penentunya.

Fallout 4_20151113032002

Mungkin korang tertanya, bagaimana brader MarcoStyle ini melakukan analisis dan perbandingan ini. Rasanya, ia tidaklah sesuai untuk penulis menerangkannya. Korang tengok sajalah sendiri video brader ini dalam menerangkan bagaimana beliau melakukan analisisnya:

Ubisoft telah pun mengumumkan tarikh Open Beta yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Game penuh Tom Clancy’s The Division akan dilancarkan pada 8 Mac 2016.

JomBaca: The Division: Saiz Game Penuh Versi Digital Dah Leaked!

JomKomen!