in , ,

Berapa Besarkah Map Just Cause 3 Jika Dibandingkan Dengan GTA V?

Ramai yang mengetahui bahawa map yang terdapat dalam Just Cause 3 adalah sangat, sangat besar! Namun, bagaimanakah rupanya jika diletakkan map GTAV bersebelahan?

Kalau korang pernah bermain GTA V dan belum lagi mencuba Just Cause 3, pasti korang tidak tahu perbezaan map antara dua game ini. Haa, ini dekat bawah adalah perbandinganya:

just-cause-3-vs-gta-5-map

Amacam, map Just Cause 3 sangat besar, kan?

Di bawah ini pula, adalah video dari 8-BIT BASTARD dalam siri mereka, iaitu How Big is It? Dalam siri ini, mereka akan berjalan kaki dari satu titik permulaan yang paling hujung ke satu lagi titik yang paling hujung. Kemudian, mereka akan merekod masa yang diambil untuk sampai ke destinasi tersebut bagi mengetahui berapa besarkah map dalam sesebuah game itu. Jom kita tonton:

GTA V hanya mengambil masa selama 2 jam 1 minit, manakala masa yang diambil Just Cause 3 pula adalah 8 jam 40 minit! Gila betul punya besar!

Jadi, korang yang dah main Just Causte 3 itu, dah habis explore ke belum? Atau dah tak larat nak explore sebab game ini besar sangat? Hehehe.

JomBaca: Just Cause 3: Misi Mencari Easter Egg

just-cause-001

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

System Shock 3: Telah Diumumkan Secara Rasmi!

Deadly Tower of Monster: Bila Angkasawan Menjadi Hero!