in , , , ,

Berapa Bayaran Diterima Pedro Pascal, Henry Cavill Untuk Siri TV The Last of Us, The Witcher?

Pedro Pascal dan Henry Cavill mungkin antara dua pelakon lelaki Hollywood paling laris ketika ini.

Korang mesti pernah tertanya, berapakah jumlah bayaran yang diterima oleh kedua-dua jejaka ini dalam menjayakan dua siri televisyen adaptasi video game paling hangat sekarang?

Korang tidak perlu tertanya-tanya lagi kerana nilai tersebut telah didedahkan oleh Variety. Laman itu telah mendedahkan ranking pelakon Hollywood yang menerima bayaran paling mahal.

Sebagai gamer, kita pasti nak tahu berapakah bayaran yang diberikan kepada hero-hero yang menjayakan siri TV The Last of Us terbitan HBO dan The Witcher terbitan Netflix.

Variety melaporkan, menurut sumber yang diberitahu kepada mereka, bahawa Pedro Pascal menerima USD600,000 (~RM2.5 juta) setiap episod untuk menghidupkan watak Joel dalam The Last of Us.

HBO telah mengumumkan sebelum ini bahawa siri The Last of Us akan membawakan 10 episod, maka Pascal bakal memperoleh USD6 juta (~RM25 juta). Jika siri itu sambung untuk musim kedua, maka tentunya beliau akan mendapat bayaran tambahan.

Manakala, Henry Cavill pula dilaporkan menerima USD400,000 (~RM1.67 juta) setiap episod untuk menghidupkan watak Geralt dalam The Witcher. Musim pertama mempunyai lapan episod, dan musim kedua juga mempunyai bilangan episod yang sama. Maka, Cavill menerima USD6.4 juta (~RM26.7 juta), setakat ini untuk dua musim ini.

Tentunya, bayaran-bayaran ini adalah jumlah yang belum ditolak dengan bayaran kepada ejen masing-masing serta belum ditolak cukai.

Siri televisyen The Last of Us terbitan HBO masih lagi dalam penggambaran, manakala musim kedua The Witcher pula akan mula ditayangkan di Netflix pada 17 Disember 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trafik, Pendaftaran Di Laman Web Cheat Battlefield 2042 Meningkat Sehingga 400%

Bagi Membendung Ketagihan, China Hadkan Gaming Sehingga Jam 10 Malam Kepada Gamer Muda

China Memperkenalkan Larangan Gaming Bawah Umur Lebih Ketat, Boleh Online Hanya Hujung Minggu