in , , , ,

BenQ Memperkenalkan 2 Monitor Baru Yang Direka Untuk Mereka Yang Serius Dalam Gaming

Monitor terbaru dari BenQ ini boleh didapati pada saiz 24.5″ dan 27″.

BenQ ZOWIE (sebuah divisi gaming BenQ) kini telah melancarkan 2 model baru iaitu XL2540 dan XL2735 di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Kedua-dua model ini berfokus kepada mereka yang sedang atau ingin berkecimpung dalam dunia eSport yang semakin mendapat perhatian.

Pelancaran ini menampilkan demo oleh team CS:GO Orange e-Sports beserta Alex “xevR” Pereira dari JYP Gaming untuk berkongsi pengalaman menggunakan monitor Zowie. Menurut Alex, kejelasan daripada refresh rate tinggi 240Hz agak nyata dan boleh dibezakan daripada refresh rate 144Hz dan kebawah.

Kedua-dua model XL2540 dan XL2735 menampilkan shield atau pelindung yang boleh mengurangkan silau dari sumber cahaya lain, membantu anda fokus kepada permainan. Ia juga turut menampilkan S-Switch – membolehkan akses mudah untuk menukar input & display presets.

Berikut adalah spesifikasi bagi XL2540 dan XL2735:

  • XL2540 – Bersaiz 24.5″, monitor ini mampu berikan refresh rate setinggi 240Hz dengan resolusi maksimum 1920×1080.
  • XL2735 – Bersaiz 27″, monitor ini mampu berikan refresh rate setinggi 144Hz dengan resolusi maksimum 2560×1440 disertai dengan teknologi DyAc(tm) yang mampu mengurangkan motion blur dan meningkatkan kejelasan imej paparan.

Teringin melihat bagaimana teknologi DyAC ini berfungsi? Jom layan video dibawah!

XL2540 dan XL2735 boleh didapatkan pada harga RM2,399 dan RM3,299 dari pengedar BenQ seluruh negara.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Pasukan Malaysia Ini Cipta Sejarah, Lepasi Peringkat Kumpulan AVPCL Asia Champion PS4 - 11v11 Dalam FIFA 17 [Kemaskini]

Pasukan Malaysia Ini Cipta Sejarah, Lepasi Peringkat Kumpulan AVPCL Asia Champion PS4 – 11v11 Dalam FIFA 17 [Kemaskini]

DLC Hot Wheels Bakal Tiba Dalam Rocket League

Kemaskini PS4 Pro Bakal Tiba Untuk Rocket League Pada Minggu Hadapan