Dari Fortnite ke FortCraft.
Kalau satu-satu game menjadi fenomena global, tak sahlah kalau tiada klonnya di platform mobile. Minggu lalu, Epic Games baru sahaja mengumumkan yang Fortnite Battle Royale akan dilancarkan di mobile, serta pendaftaran untuk percubaan iOS baru sahaja dibuka pada Isnin lalu.
Terkini, tanpa perlu mengambil masa yang begitu lama, klon untuk game ini, Fortcraft sudahpun boleh dimainkan di iOS dan Android, dibangunkan oleh NetEase, pembangun sama yang mencipta klon PUBG, Rules of Survival.
Melalui apa yang didedahkan dalam laman webnya, Fortcraft mungkin akan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik kerana menggunakan peranti yang lebih lama, yang tidak berupaya untuk mencuba Fortnite Mobile. Di iOS, Fortcraft memerlukan iPhone 6 atau ke atas dan sekurang-kurangnya iOS 9 untuk bermain, manakala Fortnite memerlukan iPhone 6s ke atas dan sekurang-kurangnya iOS 11.
Untuk Android pula, Fortcraft memerlukan peranti yang mempunyai versi Android 4.0 atau ke atas.
Seperti yang korang boleh jangkakan sebagai sebuah klon, Fortcraft menampilkan gameplay sememangnya sama dengan Fortnite Battle Royale. 100 pemain terjun dari sebuah bas, membuka payung atau glider, mencari senjata, mengumpul material untuk membina, dan akhirnya menjadi seorang pemenang yang hidup.
Di bawah kami kumpulkan beberapa video yang kami jumpa di Youtube, memaparkan gameplay Fortcraft:
https://www.youtube.com/watch?v=eyOAiYBqjXw
Fortcraft masih belum dilancarkan sepenuhnya, yang mana ia kini masih dalam fasa beta. Semasa artikel ini ditulis, kuota untuk mencuba Fortcraft di iOS telahpun penuh, namun korang boleh mencubanya sekarang di Android tanpa sebarang masalah.