Kita masih ada lebih daripada sebulan untuk menyaksikan musim pertama siri televisyen adaptasi The Witcher di Netflix. Belum lagi mula ditayangkan, Netflix nampaknya begitu yakin untuk mengumumkan sambungannya.

Netflix telahpun mengumumkan bahawa The Witcher akan bersambung dengan musim kedua. Dalam pendedahan yang diumumkan di Twitter, Netflix berkata, “pengembaraan Geralt hanyalah permulaan… The Witcher telah diperbaharui untuk Musim 2!”, sambil memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan dua pedang ikonik Geralt — pedang besi dan pedang perak.

Penulis siri ini, Lauren S. Hissrich turut menzahirkan keterujaannya untuk meneruskan The Witcher. Beliau cukup bangga, dan tidak sabar untuk seluruh dunia menikmati dan memulakan cerita ini tidak lama lagi.

The Witcher akan boleh mula distrim di Netflix pada 20 Disember ini. Kesemua lapan episod untuk musim pertama akan dilancarkan secara serentak.

JomKomen!