Kita masih belum boleh move on lagi daripada trailer pertama filem Detective Pikachu. Sama ada korang meletakkan harapan yang tinggi atau tidak melalui filem adaptasi ini, bukan itu kita nak bincangkan kali ini.

Berita terbaru yang muncul tentang filem ini ialah, belum lagi filemnya dikeluarkan, usaha-usaha untuk sekuelnya sudahpun dimulakan. Menurut laporan Hollywood Reporter, syarikat Legendary sudah mula mencari staff untuk memulakan perancangan sekuel kepada filem ini.

Oren Uziel, yang membawakan kita 22 Jump Street dan The Cloverfield Paradox, dikatakan akan menulis skrip untuk sekuel ini. Uziel mempunyai pengalaman bekerja dalam usaha-usaha adaptasi daripada video game, antaranya merupakan penulis skrip untuk filem Mortal Kombat dan filem akan datang Sonic the Hedgehog.

Memulakan perancangan terhadap sekuel dalam masa filem pertamanya masih belum dikeluarkan menunjukkan yang pihak penerbitan benar-benar yakin dengan filem tersebut.

Apa pandangan korang pula? Mampukah filem Detective Pikachu pecah panggung?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.