in , ,

Belum Lagi Dilancarkan, PUBG: New State Melepasi 40 Juta Pra-Pendaftaran

PUBG: New State merupakan sekuel kepada kepada PUBG Mobile — berlatarbelakang tahun 2051, game percuma ini akan membawakan tema futuristik.

PUBG: New State masih belum dilancarkan sepenuhnya, namun game ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 40 juta pemain yang melakukan pra-pendaftaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Krafton telahpun mengadakan sesi percubaan alpha kedua di 28 buah negara pada bulan lalu. Antara punca utama kepada peningkatan mendadak pra-pendaftaran ini adalah apabila mereka telah membukanya kepada para pemain di India.

Krafton turut berkata yang mereka akan mengumumkan tarikh pelancaran penuh PUBG: New State pada Oktober kelak.

Korang yang masih belum dan ingin pra-daftar, boleh lakukannya di Google Play di sini dan App Store di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 22: Ultimate Team Masih Ada Loot Box, Tapi Boleh Lihat Dulu Item Dalam Pek Sebelum Beli

Ini Keperluan Spesifikasi Untuk eFootball 2022 Di PC