in , , ,

Belum Lagi Dilancarkan, Cheat Untuk Battlefield 2042 Dah Mula Dijual

Dua bulan sebelum pelancaran penuhnya, sudah ada laman web yang mencipta dan menjual cheat untuk Battlefield 2042.

Laman yang tidak bertanggungjawab ini sudahpun menyediakan beberapa cheat yang sememangnya keji, seperti aimbot, ESP, dan Cheat Radar.

Buat masa ini, laman itu belum lagi mengumumkan harga yang akan dikenakan untuk mendapat akses kepada cheat-cheat itu. Namun menurut Kotaku, langganan bulanan kepada cheat untuk Battlefield V adalah berharga USD30 (~RM126), maka kemungkinan laman itu akan mengenakan harga yang sama.

Apa yang merisaukan adalah laman itu menegaskan yang cheat ciptaan mereka ini adalah selamat dan tidak mampu dikesan oleh EA dan DICE kerana mereka sentiasa mengemaskini godaman itu setiap kali ada patch baharu dikeluarkan oleh pembangun game.

Malah, mereka turut menyatakan laman itu telah mengumpulkan lebih 1.2 juta pengguna berdaftar, kononnya tiada seorang pun pernah diharamkan (ban) dari mana-mana game Battlefield sebelum ini.

Kami di JomGaming tidak mahu meletakkan pautan atau menyebutkan nama laman web tersebut kerana tidak mahu sesiapa menyokong aktiviti seumpama ini, yang akhirnya akan merosakkan pengalaman bermain game shooter itu kelak.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

12 Minutes: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Hideo Kojima Puji 12 Minutes, Buatnya Teringin Bikin Satu Lagi Game Adventure