in , , , ,

Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 – Akan Dilancarkan Pada Oktober

Dalam acara EA Play Live yang berlangsung pagi tadi, EA Sports telah memperlihatkan keupayaan mereka untuk menghasilkan game-game sukan untuk konsol generasi akan datang.

Sebuah video telah mengacah babak sinematik dari FIFA 21 dan Madden 21 yang memfokuskan kepada keupayaan konsol generasi akan datang iaitu PS5 dan Xbox Series X. Jom saksikannya:

Selain itu, laman rasmi FIFA 21 telahpun dinaikkan oleh EA, juga telah membuka jualan pra-tempah untuk game itu. Dari laman ini, beberapa butiran telah didedahkan.

FIFA 21 akan dilancarkan terlebih dulu di PC (Origin, Steam), PS4 dan Xbox One pada 9 Oktober 2020. Kemudian, ia akan tersedia untuk dimainkan di PS5 dan Xbox Series X apabila kedua-dua konsol itu dilancarkan yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 - Akan Dilancarkan Pada Oktober

Berita gembira kepada semua pemain tegar, EA akan menawarkan naiktaraf percuma ke konsol generasi akan datang sekiranya korang membelinya di konsol generasi masakini tanpa sebarang tempoh masa yang ditetapkan. Bermakna, kalau korang beli FIFA 21 di PS4, korang akan mendapat naiktaraf secara percuma ke versi PS5 (apabila korang beli PS5 kelak) — begitu juga untuk Xbox One dan Xbox Series X.

EA menamakan program ini sebagai Dual Entitlement. Apa yang lebih menarik ialah program ini akan menyokong kedua-dua pembelian untuk disk fizikal dan digital.

Bagi korang yang membeli disk fizikal FIFA 21 di PS4, pastikan korang membeli konsol PS5 nanti yang mempunyai drive disk (bukan konsol edisi digital yang disc-less) kerana disk itu nanti akan digunakan untuk pengesahan. Senang kata, disk dari PS4 itu akan menjadi ‘kunci’ untuk bermain versi naiktaraf percuma di PS5.

Bagi yang berhajat untuk membeli FIFA 21 secara digital di PS4, maka tiada masalah untuk membeli konsol PS5 disc-less kerana program naiktaraf ini boleh mengesan pembelian digital tersebut.

Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 - Akan Dilancarkan Pada Oktober

Untuk progression pula, ada sedikit berita buruk. Naiktaraf ini hanya menyokong mode Ultimate Team dan Volta, dan tiada sokongan untuk Online Seasons, Co-Op Seasons, Career Mode, Pro Clubs, dan lain-lain. Maksudnya, progression yang boleh dipindahkan dari PS4 ke PS5 hanyalah Ultimate Team dan Volta sahaja.

Tiada sebarang tempoh masa yang ditetapkan untuk Dual Entitlement ini. Selagi FIFA 22 belum keluar, selagi itu korang ada masa untuk menggunakan naiktaraf percuma ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu - Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

Ini Trailer Gameplay Star Wars Squadrons – Simulator Kapal Perang Star Wars Yang Sebenar

Selepas Kira-Kira Sedekad, EA Umumkan Game Skate Baharu Sedang Dibangunkan

Selepas Kira-Kira Sedekad, EA Umumkan Game Skate Baharu Sedang Dibangunkan