in ,

Belanjawan 2021 Memperuntukkan RM15 Juta Untuk Esports, Lebih Rendah Berbanding Tahun Lalu

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2021.

Sebanyak RM55 juta telah diperuntukkan untuk Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi, yang mana RM15 juta daripadanya akan dibelanjakan untuk pembangunan esports.

Walau bagaimanapun, seperti kelaziman, tiada butiran lanjut dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan di Parlimen ini, yang mana kita mungkin akan mendapat info tambahan dalam masa-masa terdekat ini.

Berikut ialah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Tengku Zafrul semalam:

“Kerajaan juga akan menyediakan 103 juta ringgit untuk membina, menaik-taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara. Bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi, kerajaan akan menyediakan 55 juta ringgit untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita termasuk 15 juta ringgit kepada pembangunan e-Sports.”

Sebagai perbandingan, kerajaan dalam Belanjawan 2020 pada tahun lalu telah memperuntukkan RM20 juta untuk pembangunan esports dan RM20 juta untuk pembangunan digital.

Terima kasih, Aksiz.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

PS5 Tak Menyokong Penambahan Storan SSD Pada Hari Pertama Pelancaran

Trilogi Mass Effect Remastered Diumumkan, Sebuah Game Baru Juga Disahkan Dalam Pembangunan