in ,

Bekas Pengarah Yakin God of War Ragnarok Akan Turut Dilancarkan Di Kedua-Dua PS4, PS5

Buat masa ini, tiada sebarang butiran lanjut yang kita ketahui tentang sekuel kepada God of War (2018), selain Sony hanya pernah mengumumkannya dalam satu video dengan tulisan tertera “Raganarok Is Coming 2021.

Kita mungkin percaya bahawa game ini kelak akan dilancarkan hanya untuk PS5, sekaligus menggunakan segala teknologi dan prestasi di PS5. Walau bagaimanapun, bekas pengarah siri ini, David Jaffe tidak merasakan begitu.

Ketika sedang mengadakan livestream di Twitch, dikongsikan melalui satu klip di Twitter, Jaffe ditanyakan mengenai sekuel itu oleh seorang peminatnya. Beliau dengan yakin menjawab, “saya pasti God of War seterusnya akan ada di PS4, PS5, sudah tentunya.”

Ini tentunya hanyalah satu tekaan daripada Jaffe, memandangkan beliau tidak lagi membangunkan dalam siri itu, yang mana kali terakhir beliau terlibat adalah untuk God of War II yang dilancarkan pada 2007.

Walaupun hanya satu tekaan, kata beliau ini ada kemungkinan besar terjadi memandangkan Sony telah menyatakan komited bahawa PS4 akan terus disokong beberapa tahun lagi walaupun selepas pelancaran PS5. Malah beberapa game yang kita saksikan hanya eksklusif untuk PS5, sebenarnya dikeluarkan juga untuk PS4, antaranya Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Horizon Forbidden West.

Lebih menarik, Sony juga sebelum ini ada menyatakan yang mereka tidak berani untuk mengatakan God of War Ragnarok merupakan eksklusif untuk PS5 apabila ditanyakan soalan itu.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Populariti Among Us Bagaikan Durian Runtuh

Among Us Adalah Game Mobile Paling Banyak Dimuat-Turun Sepanjang 2020 Di Seluruh Dunia

Controller Xbox Masih Gunakan Bateri AA Sebab Ada Perjanjian Dengan Duracell

Controller Xbox Masih Gunakan Bateri AA Sebab Ada Perjanjian Dengan Duracell