Bekas pengarah produksi Epic Games pernah bercadang untuk membatalkan game Fornite pada awal peringkat pembangunan. Mengatakan bahawa game itu “tidak akan wujud” jika berada di syarikat tersebut.
Rod Fergusson, sekarang ketua bagi syarikat pembangun The Coalition (Gears of War) telah meninggalkan Epic pada tahun 2012. Beliau cuba untuk membatalkan game Fortnite, pada masa itu, ia masih hanya di peringkat konsep. Memberitahu Game Informer, beliau cuba lagi untuk membatalkannya sebelum pasukan pembangunan menambah mode battle royale.

Pada asalnya, Fortnite dikeluarkan sebagai game shooter co-op dengan mode zombi yang dipanggil sebagai Save The World pada bulan Julai 2017 dan Epic menambah mode battle royale pada bulan September 2017.

Rod Fergusson, ketua syarikat pembangun The Coalition

“Jika saya masih berada di Epic sekarang, saya masih akan membatalkan Fortnite,” kata beliau. “Sebelum saya keluar, saya cuba untuk membatalkan Fortnite. Semasa ia hanya ada Save The World, itu adalah projek yang mempunyai beberapa cabaran.”

“Sebagai seorang pengarah produksi pada masa itu, game itu tidak mencapai tahap yang saya mahukan untuk sesuatu yang kami patut teruskan… Game yang kamu semua suka sekarang ini, yang terkenal di seluruh, takkan wujud jika saya masih berada di Epic.”

JomKomen!