Bekas pengarah Days Gone, Jeff Ross telah hadir dalam livestream David Jaffe di Youtube (via VGC), membincangkan beberapa idea yang pernah mereka bentangkan kepada Sony untuk sekuel Days Gone.
Ross tidak mahu menyatakan sama ada laporan Bloomberg baru-baru ini yang mendedahkan bahawa Sony telah menolak idea Days Gone 2 itu adalah benar ataupun tidak kerana terikat dengan perjanjian yang tidak membenarkan beliau mendedahkannya.
Namun, apa yang beliau boleh katakan, semasa beliau masih berada dalam Sony Bend Studio, pasukannya membentangkan idea untuk membawa gameplay co-op dan perkongsikan universe dalam Days Gone 2.
“Kami mahukan co-op sejak awal lagi [Days Gone pertama], tapi tentunya kita perlu lakukan konsesi untuk apa yang kita tak mampu buat,” kata Ross.
Apabila ditanyakan mengenai penolakan idea Day Gone 2, Ross menjawab, “Saya rasa ia belum disahkan secara umum apakah statusnya. Saya tak mahu jadi orang yang dianggap sebagai sumber rasmi.”
Kemudian beliau turut menyatakan keberangkatannya keluar dari studio itu tidak ada kaitan dengan status sekuel game itu atau apa-apa yang sedang dilakukan oleh studio tersebut.
Ross turut memberikan komen tentang dakwaan Bloomberg yang mengatakan Bend Studio pernah menjadi ‘pembantu’ kepada Naughty Dog untuk projek seperti The Last of Us Part II dan Uncharted baharu. Ross menafikan yang Bend Studio telah hilang autonomi dan hanya menjadi studio sokongan kepada Naughty Dog. Beliau berkata yang hubungan antara dua studio ini adalah seperti kolaborasi.
Comments
Loading…