in , , ,

Bekas Pembangun-Pembangun The Witcher 3 Sedang Bikin Game Baharu Latar Belakang Jepun

Beberapa bekas pembangun dari CD Projekt Red yang pernah terlibat membangunkan The Witcher 3 dan Cyberpunk 2077 telah membuka sebuah studio baharu yang digelar Dark Passenger.

Studio itu kini sedang membuka banyak jawatan kosong di laman web rasminya untuk diisi bagi sama-sama membangunkan game pertama mereka.

Buat masa ini, game pertama yang sedang mereka bangunkan itu masih belum mempunyai judul rasmi. Namun, banyak juga butiran mengenai game tersebut yang sudah didedahkan.

Game itu akan membawakan pandangan first-person, sebuah game online multiplayer dan co-op, menampilkan kedua-dua PvP dan PvE. Paling penting, ia akan menggunakan latar belakang zaman feudal di Jepun.

Game ini akan dibangunkan dalam Unreal Engine 5 dan dibangunkan untuk PC, PS5 dan Xbox Series.

Untuk sebarang perkembangan terkini Dark Passenger, korang boleh mengikuti mereka di Twitter dan Facebook.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. Your article made me suddenly realize that I am writing a thesis on gate.io. After reading your article, I have a different way of thinking, thank you. However, I still have some doubts, can you help me? Thanks.

JomKomen!

Loading…

0

Backbone One Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM495, Versi Android Akan Tiba November

6 Game Macam Genshin Impact Yang Ditunggu-Tunggu