Tiga karakter baru yang akan buat kita semua semakin teruja untuk bermain game ini!
Tiga karakter dari Dragon Ball Super akan ditampilkan dan boleh dimainkan dalam game fighting 2D akan datang oleh Bandai Namco, Dragon Ball FighterZ. Beerus, Hit, dan Goku Black telah didedahkan sebagai karakter terbaru dalam game ini, melalui majalah V-Jump, dilaporkan oleh Gematsu.
Pendedahan ini sekaligus telah membuktikan bahawa game ini kelak tidak akan terhad kepada karakter yang ada dalam Dragon Ball Z sahaja, malah ini merupakan game Dragon Ball pertama yang membawakan karakter-karakter dari Dragon Ball Super! Memang mengujakan!
Dalam kadar sekarang, kita berkemungkinan akan disajikan dengan lebih banyak lagi karakter daripada Dragon Ball Super, memandangkan siri terbaru ini telah memperkenalkan lebih banyak karakter yang kompleks.
Di bawah adalah gambar-gambar yang didedahkan oleh majalah V-Jump:
Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.
JomBaca: Dragon Ball FighterZ Dedahkan Screenshots Pertama Untuk Goten, Gohan Dewasa Dan Kid Buu!
Comments
Loading…