Mengikuti dari peristiwa Great War pada tahun 2077, lore Fallout telah memberitahu kita tentang New York City, Boston dan Washington yang “hilang”.
Roserosenbergfr, seorang modder sedang membangunkan Fallout: New York, dan beliau telah berkongsi beberapa screenshots baru daripada mod ini.
Fallout: New York secara eksklusifnya akan berlatar-belakangkan di kawasan sekitar Central Park di Manhattan, yang mana termasuk sekali dengan muzium Natural History. Pencipta mod ini merancang untuk meluaskannya lagi ke luar dari kawasan tersebut, dari satu daerah ke satu daerah, sebelum melakukan sedikit pengubahsuaian kepada keseluruhan kawasan supaya dapat membina persekitaran nuclear apocalypse yang lebih baik.
Hampir sama dengan penggunaan sistem metro dalam Fallout 3, Roserosenbergfr juga merancang untuk menambah sistem kereta api bawah tanah di New York City. Berikut adalah beberapa screenshots yang dikongsikan olehnya:
Roserosenbergfr menekankan bahawa mod Fallout: New York untuk Fallout 4 adalah projek pembangunan untuk jangka masa yang lama. Laman web Nexus tidak mengeluarkan sebarang tarikh keluaran untuk mode ini.
Sumber: PCGamer
Comments
Loading…