in , ,

Beberapa Pemain Laporkan Ada Bunyi ‘Buzzing’ Keluar Dari Dalam PS5

Tiada konsol yang dilancarkan dalam keadaan sempurna tanpa sebarang cacat cela, dan begitu jugalah PS5 yang baru sahaja dilancarkan.

Beberapa pemain PS5 telah melaporkan di beberapa forum seperti Reddit dan ResetEra bahawa terdapat bunyi ‘buzzing’ yang keluar dari konsol terbaharu mereka itu. Mereka turut ada memuatnaik video yang merakamkan bunyi itu, dan korang boleh dengarkannya di bawah:

Ketika artikel ini ditulis, Sony masih belum mengeluarkan sebarang komen tentang bunyi ini, membuatkan pemain hanya mampu berspekulasi sesama mereka buat masa ini.

Daripada perbincangan mereka setakat ini, banyak teori yang berlegar, namun yang pasti ia bukanlah bunyi kipas seperti yang dikeluarkan oleh konsol PS4. Ada yang berkata ia bunyi gegelung dari dalam PS5, ada juga mengatakan ia bunyi dari disk drive. Walau bagaimanapun, teori bunyi dari disk drive mungkin dapat dinyahkan kerana pemain turut melaporkan bunyi ‘buzzing’ ini dari PS5 Edisi Digital.

Seorang pemain menerangkan yang bunyi tersebut tidak terlalu kuat ketika bermain God of War. Namun, apabila bertukar kepada game PS5, iaitu Astro’s Playroom, bunyinya bertukar menjadi begitu kuat, terutamanya ketika menggunakan touchpad di DualSense untuk melakukan tembakan.

Kemudian, lebih aneh, bunyi akan hilang apabila dia kembali ke menu utama PS5, dan kembali berbunyi apabila masuk semula ke dalam game.

Setakat ini, walaupun semasa bunyi itu kuat kedengaran, PS5 masih beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah lain.

Ya, tentunya isu ini tidaklah terjadi kepada semua pemain, namun ia mempunyai jumlah pemain melaporkan yang mencukupi untuk menimbulkan rasa risau.

Harapnya Sony boleh mengeluarkan sedikit komen, seterusnya mengenalpasti dengan pantas apakah sebenarnya bunyi ‘buzzing’ yang dikeluarkan itu.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kedai Di Kanada Turut Jual PS5 Dengan Bundle Bersama TV, Aksesori Rasmi Sony

HeavyArm Store Buka Deposit Kelompok Kedua PS5, Dijangka Hadir Pada Hujung Januari 2021