Sekiranya korang terlepas, Epic Games baru sahaja menambah satu kandungan yang mampu mengubah bagaimana sesetengah pemain menggunakan Fortnite.
Fortnite Creative telah diperkenalkan, iaitu sebuah mode yang memberikan kebebasan kepada para pemain untuk menjadi kreatif dan mencipta apa sahaja kandungan yang terlintas di fikiran — jauh lebih baik dan mudah daripada mode Playground yang pernah dibawakan mereka sebelum ini.
Apa yang lebih menggalakkan para pemain untuk mencipta kandungan dalam Fortnite Creative ini adalah Epic telah menggantikan Risky Reels dalam game kepada kawasan yang kini dikenali sebagai The Block. Lokasi ini akan menampilkan ciptaan-ciptaan terpilih oleh para pemain sendiri yang dicipta dalam Fortnite Creative.
Kini, para pemain sudah mula “melobi” untuk menampilkan hasil ciptaan mereka ke dalam The Block. Antara kandungan yang menarik yang kelihatan viral sekarang ialah beberapa map dari francais Call of Duty. Korang boleh saksikannya di bawah, seperti map Nuke Town dan Shipment.
#FortniteBlockParty Made Nuke Town, Took me a while but I put a lot of detail into it!! Video coming soon on my channel! pic.twitter.com/o3mV7wsi7J
— Kid Fly (@Kid_Fly7) December 8, 2018
#FortniteBlockParty
Nuke town in fornite ?!! Come on guys share my map pleaseeeee xD pic.twitter.com/mJHROBJwRc— Junster 247 (@247Junster) December 7, 2018
Shipment In Creative Mode! #FortniteBlockParty #FortniteCreative pic.twitter.com/vYLo4znoGh
— SVT Cecil (@AgentCecil) December 7, 2018
Apa saja rekaan yang korang dah ciptakan dalam Fortnite Creative? Kongsikan dengan geng-geng JomGaming semua!
Comments
Loading…