in ,

Beberapa Game Catalog Dalam PlayStation Plus Extra, Deluxe Mula Paparkan Tarikh Luput

Melanggan apa-apa servis langganan seperti PlayStation Plus dan Xbox Game Pass pastinya menjitmatkan kepada para pemain untuk mencuba lebih banyak game berbanding membelinya satu per satu.

Tetapi, satu kerisauan yang sentiasa timbul adalah daripada sekian banyak game yang disediakan, berapa lamakah setiap satu game itu akan tersedia dalam langganan tersebut.

Kalau Xbox Game Pass, pada setiap bulan, Microsoft akan menyenaraikan apakah game-game baharu yang akan ditambah ke dalam katalog, serta senarai game yang akan meninggalkannya.

Disebabkan PlayStation Plus serba baharu ini baru sahaja dilancarkan, kita belum tahu bagaimanakah Sony akan menwar-warkan pemberitahuan itu.

Namun, kita mungkin telah menemui bagaimanakah Sony akan melakukannya, walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Sony.

Kalau kita buka tab PlayStation Plus di konsol PS5, kita akan menemui ada bahagian khas yang tertera “Last chance to play” (peluang terakhir untuk bermain). Ketika artikel ini ditulis, hanya tersenarai Shadow Warrior 3.

Walau bagaimanapun, kalau kita buka beberapa game secara berasingan (terima kasih Eurogamer), kita akan dapati sesetengah game sudah mula memaparkan tarikh luput, iaitu bilakah ia akan meninggalkan Game Catalog (PS Plus Extra, Deluxe).

Game-game tersebut adalah (serta tarikh luputnya):

NBA 2K22: 31 Ogos 2022
WRC 10: 31 Ogos 2022
Red Dead Redemption 2: 20 September 2022

Tetapi, melalui semakan kami, kebanyakan game lain masih belum ada sebarang tarikh luput. Sama ada game itu akan tersedia buat selamanya, masih belum memutuskan tarikh luputnya, atau Sony masih belum paparkan lagi tarikh luputnya di PlayStation Store.

Oleh itu, kepada korang yang berhasrat nak main sesebuah game itu, semak dulu bilakah game tersebut akan meninggalkan Game Catalog. Jangan tunggu lama-lama, nanti dah tiada baru nak tercari-cari.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Game-Game Baharu Yang Ditambah Dalam PC Game Pass – FIFA, Far Cry, Total War

Overwatch 2 Akan Terus Menggantikan Game Pertama Apabila Dilancarkan Kelak