in , , ,

Beberapa Butiran Awal FIFA 22 Tertiris, EA Tarik Balik Sesi Beta Tertutup

Beberapa butiran awal tentang game bola sepak seterusnya dari EA Sports nampaknya telah tertiris.

Twitter @FutZoneCentral telah memuatnaik satu gambar dari luar skrin, memperlihatkan logo FIFA 22 yang bertemakan warna kuning. Gambar tersebut diambil dari menu utama PS5 yang sudah siap install FIFA 22 versi beta.

Selain itu, akaun itu juga mendedahkan saiz muat-turun untuk game tersebut, iaitu sebesar 39GB. Tidak dinyatakan sama ada saiz tersebut adalah untuk versi game penuh atau versi beta, sama ada versi PS5 atau versi PS4.

Kemudian, Twitter @KingLangpard pula ada berkongsikan sedikit pandangannya terhadap gameplay baharu yang telah dicubanya, seperti beberapa penambahan fungsi butang. Antaranya, yang berkaitan ketika bertahan, membuat hantaran silang dan tandukan. Korang boleh bacanya di bawah:

Namun, apa yang lebih menarik adalah EA nampaknya telah menarik semula semua kebenaran yang diberikan kepada beberapa pemain untuk mencuba versi beta itu selepas banyak info telah tertiris, yang sepatutnya dimainkan mereka secara tertutup.

Penarikan ini menandakan info-info yang tertiris kemungkinan besar adalah sahih.

FIFA 22 dijangka akan diperlihatkan buat kali pertama semasa EA Play Live yang akan berlangsung pada 22 Julai kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tiada Lagi Logo ‘Only On PlayStation’ – Ghost of Tsushima Mungkin Akan Dilancarkan Ke PC?

PES 2021 Season Update: Boleh Beli or Boleh Blah!?

PES 2022: Beta Online Dah Boleh Muat-Turun Sekarang, Ini Caranya – Konami Mungkin Guna Nama Baru Untuk PES?