in

Beats: Rhythm Game Paling Mudah Atau Paling Susah Ikut Citarasa Korang!

Jom kita baca review ringkas rhythm game bagi platform Android ini – Beats, Advanced Rhythm Game!

download-Piano-Tiles-2-for-PC
Piano Tiles 2. Sumber

Sebelum letusan Piano Tiles 2 (iOS / Android) di pasaran smartphoneTap Tap Revenge (TTR, sudah dihentikan) adalah rhythm game klasik bagi platform mobile. Waktu itu, permainan mengetik (tap) nota muzik yang jatuh dari atas ke bawah skrin ini memerlukan ketenangan, fokus dan kejituan mengetik dengan pantas! Cukup mempesonakan!

Tap Tap Revenge. Sumber
Tap Tap Revenge. Sumber

Sejak TTR dihentikan pembangunannya, amat sukar mencari pengganti rhythm game mobile dengan paparan 60fps, difficulty setting berbeza dalam lagu yang sama, top-down 3 lane ikonik dan muzik yang memukau. Kalau ada, penulis teringin untuk memainkan semula cabaran House Music dari Benny Bennasi – setiap nota dalam difficulty Extreme dah dihafal oleh penulis.

Rhythm games secara perlahan mulai pudar dari minda sehinggalah ketibaan Piano Tiles 2 – namun ia belum cukup mengembalikan nostalgia penulis. Ada ke game yang boleh mengembalikan zaman kegemilangan rhythm game mobile seperti dahulu?

Tiba-tiba penulis teringat sebuah game yang diperkenalkan oleh senior di sekolah dahulu. Ia seperti Super Dancer Online Extreme (SDO-X) dengan keupayaan memasukkan lagu sendiri (stepfile), dan 4 lane yang merubah gameplay dengan amat drastik!

Selepas pencarian di Google Play, installation sekejap kemudian terpinga-pinga sekejap di menu utama, penulis ketip “Start”, dan bermulalah perjalanan penuh nostalgia.

Okay, Story Time’s Over.

Jom, kita review Beats, Advanced Rhythm Game (Android) – sebuah game port Stepmania bagi platform Android yang dibangunkan oleh Keripo ini. Kerana ianya port dari Stepmania, ianya hampir sama dengan kebanyakan rhythm game lain seperti Dance Dance Revolution dan ia juga mempunyai game mode seperti game osu!.

“Apakah itu Stepmania?” Stepmania ialah simulator bagi original Dance Dance Revolution (DDR) untuk platform PC yang dihasilkan oleh Konami. Stepmania secara asasnya mengekalkan aspek gameplay DDR, tetapi diberi nafas baru dengan keupayaan modding. Sesiapa saja boleh membina stepfile mereka sendiri, membuat nota tersendiri, membuat effects, ataupun merubah keseluruhan app – terima kasih kepada status “open source project” Stepmania.

Ini ialah contoh gameplay Stepmania. Moga cuba tutup mulut lepas usha video di bawah ni. Nanti tercekik lalat, kalau tak tercekik air atau makanan yang dikunyah waktu menonton video ini.

https://youtu.be/BQYBzEreO5k?t=1m38s

Beats direka secara spesifik untuk Android. Maaf ya pengguna iOS. Developer Beats ada projek bernama Beats 2 untuk support iOS, tapi dah discontinued. Beats ini juga, seperti Stepmania, ialah sebuah “open source project”. Sesiapa boleh ubah kod game ini dan lakukan apa sahaja perubahan yang terlintas di hati.

Gameplay

Apa yang membuatkan Beats istimewa ialah variasi game mode-nya. Ia juga turut mempunyai gamemode osu! yang tersendiri dengan support file .osu yang boleh dimainkan secara DDR dan juga sebaliknya. Boleh dikatakan, “Best of both worlds”. Tetapi walaupun osu! Beats di dalam peringkat “experimental“, versi game Beats ini adalah yang terakhir.

Beats boleh memainkan apa sahaja stepfile yang juga disokong oleh Stepmania. Best kan? Kalau korang ketagihan Stepmania atau serupa (contohnya SDO-X), Beats boleh dianggap sebagai portable dosage korang. Dan korang boleh pilih antara puluhan ribu stepfile untuk dimuatkan dalam game kerana komuniti Stepmania masih lagi menghasilkan stepfile hingga ke hari ini!

Korang juga boleh buat stepfile korang sendiri dengan tutorial yang ada di YouTube. Pada mulanya, memang agak mengelirukan dan walaupun hanya membuat satu stepfile sahaja dalam satu difficulty, ia boleh memakan masa berjam-jam dalam pembuatan. Penulis first try mengambil masa dalam 6 jam. Agak memenatkan, tetapi apabila korang load stepfile yang dihasilkan dalam Beats dan main, korang boleh rasa sensasi pencapaian dan rasa awesome kerana korang sendiri yang menghasilkan stepfile itu.

Kalau korang berminat, korang boleh download stepfile penulis! Ini part yang best pasal game ini, kamu boleh share ciptaan kamu pada kawan-kawan, keluarga, jiran atau orang yang tak dikenali!
(ZFX EpEDMic.rar , 37MB) 
Nota 1: Kesemua lagu adalah dalam level Hard hingga Challenge. Saya tidak plan untuk membuat difficulty lain kerana ia boleh mengambil masa yang lama untuk membuatnya.
Nota 2: WIP itu maknanya Work in Progress, maknanya stepfile tu tak siap. Kamu boleh cuba main dalam keadaan seadanya, tetapi mungkin agak janggal sedikit kerana mungkin ada bahagian yang terlalu senang, ada jurang yang janggal dan sebagainya.

Seni Grafiknya Macam Mana?

Bukan satu revolusi yang terhebat, namun grafik agak simple tapi fresh. Dalam ‘Settings’, ada opsyen untuk tukar layout nota kepada original atau custom. Kalau korang mahir dalam selok belok modifying fail dalam game, korang boleh tambah nota custom yang tersendiri!

Ada Benda Yang Tak Kena Ke?

Adoi... spoill ah...
Adoi… spoill ah…

Game ini juga tidaklah sempurna, dengan nota Hold yang agak buggy. Pengalaman korang mungkin berbeza, tetapi setelah main banyak phone yang beraneka, saya boleh perasan sedikit bug itu dalam beberapa fon. Selalunya, ia berlaku apabila nota Hold tidak dihabiskan dengan sempurna, dan kadangkala boleh mengakibatkan kerosakkan streak yang terkumpul. Dengan pengalaman yang sedia ada, penulis mengsyorkan korang habiskan dulu nota Hold dengan betul (sampai ke ekornya) atau korang boleh mematikan nota Hold secara keseluruhan di “Modifiers dalam menu “Settings”.

Sebaliknya, nota Hold itu juga boleh diekslpoitasi. Jika nota Hold itu pendek, dalam jangka masa 0.5 saat kebawah, korang boleh ketip seperti nota biasa sahaja tanpa ragu dan risau. Selain itu, korang boleh lepaskan nota Hold dan sambung kembali nota itu, asalkan tidak lebih dari 0.5 saat, sebelum ia menjadi “Not Good” dan merosakkan combo korang.

Pengalaman bermain juga berbeza dalam smartphone yang berlainan. Penulis pernah main Beats di Samsung Galaxy V dan mendapat FC dalam difficulty Challenge dengan senang sekali, walhal di smartfon sendiri (Sony Ericsson – Live with Walkman) amat sukar sekali untuk penulis dapat FC pada lagu yang sama. Memang waktu reaksi smartphone penulis agak lambat berbanding standard smartphone zaman kini.

Walaupun demikian, game ini boleh support versi Android dari 2.0 dan ke atas. Developer menghasilkan game ini untuk disokong oleh kebanyakan versi Android. Jadi, bagi smartphone Android lama itu, game ini boleh dikira sebagai wajib-install.

Beberapa perkara yang mungkin tiada dalam Beats jika dibandingkan dengan Stepmania ialah leaderboards. Konsep kompetitif adalah jiwa raga rhythm game. Persaingan untuk mendapat skor yang tertinggi dan mencapai FC (full combo) membuatkan rhythm game amat addictive.

TOTAL DOMINATION!!!!
TOTAL DOMINATION!!!!

Apa Lagi Yang Best?

Game ini percuma dan tiada iklan! Game mobile percuma bukanlah suatu kejutan bagi zaman ini, kerana kebanyakkan game mobile itu percuma kerana ia menggunakan iklan sebagai ganti harga. Tetapi keburukannya melebihi positif dalam aspek ini. Beberapa kali sudah penulis rasa marah dan hampa dengan game yang menggunakan iklan yang boleh menyedut data tanpa amaran.

Apakah perasaan korang apabila game yang kamu baru install sedut data 3 kali ganda saiz game itu sendiri? Tak ke berang? Sebaliknya, Beats adalah percuma, dan dalam patch note yang terakhir, dia membuang iklan yang ada di dalam game. Bolehlah korang semua menghirup nafas lega dari segala bebanan yang boleh berlaku ketika main game beriklan sebegitu.

Kata Akhir

Beats mendapat 5/5 bintang daripada penulis kerana tidak mempunyai bloat-features yang ada dalam kebanyakan mobile apps masakini seperti iklan, background activity yang boleh sedut data dengan senyap serta memanaskan smartphone. Hanya base game, simple and straight to the point controls, dan BERLAMBAK pilihan muzik yang boleh dicari dan dimuat turun untuk korang dominasi! (…atau ia mendominasi korang, GLHF!)

 Memerlukan perubahan settings yang tepat untuk mendapatkan pengalaman yang menyeluruh dan selesa.
 Nota Hold yang agak buggy. Boleh merosakkan combo yang dihasilkan.
 Interface yang kurang friendly pada yang bukan berpengalaman dalam “file-exploring”di menu ‘Select Song’ dan ‘Settings’.
 Hanya pada platform Android.
 Tiada ranked scoreboard dalam bentuk online, mahupun offline.

+ PERCUMA!
+ Familiariti kepada mereka yang berpengalaman dalam Stepamania atau sewaktu dengannya.
+ Terdapat berpuluh ribu lagu yang ada di internet yang boleh dimuat turun secara percuma.
+ Tiada iklan. Jimat data!
+ Tiada transactions atau modal Beli-untuk-menang. Skill sahaja, guys.

+ Support versi Android yang luas, bermula dari versi 2.0.

PS;MB*: Beats ialah port Stepmania khas untuk Android sahaja dan ianya AWESOME!

*Panjang Sangat; Malas Baca

Written by Fahmi ZFX

Halus. Senyap. Kekok -- 3 benda yang membuatkan saya agak dikenali. Pemain tegar CSGO; Tahu kebanyakan info yang terbaharu dalam kejadian game ini. Gamer yang menyeluruh.

------------------------------------------------------------------------------------------
Subtle. Silent. Silly --3 things that makes me recognizable. Avid CSGO player; Knows most of the things that are up to date in the scene. All around gamer.

Comments

Leave a Reply

    JomKomen!

    Loading…

    0

    Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur 2016: Raikan Minat Dan Obsesi Koleksi Mainan!

    Battlefield 5: Battlefield World Premiere!