in , , ,

Beat Saber – Apabila Guitar Hero Bergabung Dengan Lightsabers Dalam Virtual Reality

Selalunya, game Guitar Hero memerlukan pemain untuk mencari padanan blok yang sesuai yang bergerak seiring dengan rentak muzik. Tapi tidak bagi Beat Saber, tiada padanan blok, sebaliknya korang perlu mencantas mereka dengan menggunakan lightsaber.

Beat Saber dihasilkan oleh pembangun dari negara Czech, Hyperbolic Magnetism, sebuah studio yang pernah menghasilkan game Chameleon Run. Beat Saber akan berada pada suku tahun pertama 2018 untuk ketiga-tiga VR: Vive, Oculus Rift dan PlayStation VR.

Korang memerlukan kawalan motion-sensing untuk menjadi Lightsabers.

Setiap blok yang datang ke arah pemain akan memberitahu pemain tangan manakah yang perlu digunakan untuk mencantas. Dan apabila rentak muzik semakin pantas, blok-blok itu akan bergerak laju dan semakin menebal.

Ia juga nampaknya memerlukan pemain untuk menggerakan kaki untuk mengelak dinding. Tujuan game ini adalah untuk menjadikan pergerakan pemain seperti “hampir menari” dan juga berpeluh.

Beat Saber telah berada dalam pembangunan sejak tahun 2016 dan akan disertai dengan mode career dan juga mode quick play.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan 12 Minit Gameplay Menyelinap Dalam Ghost Recon Wildlands

Ghost Recon Wildlands Akan Ada Loot Box, Ubisoft Kata Sistem Itu Akan “Berlaku Adil Kepada Semua”

Boss Epic Games Berminat Untuk Bawakan Fortnite Ke Nintendo Switch