Apa cara yang paling real menonton perlawanan bola sepak selain benar-benar berada di dalam stadium? Ya, menonton dalam realiti maya (VR)!

Saluran BBC Sport telah mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia dalam Ultra HD dan juga dalam VR.

Kesemua 33 perlawanan yang akan ditayangkan BBC Sport akan boleh ditonton dalam aplikasi BBC Sport VR 2018 World Cup. Manakala, 29 perlawanan akan ditayangkan di BBC One secara Ultra HD.

Perlawanan dalam bentuk VR ini akan boleh ditonton mereka yang melanggan BBC Sport pada berdekatan dengan mulanya Piala Dunia, di peranti-peranti iOS dan Android serta headset-headset VR lain seperti Gear VR, Oculus Go dan PlayStation VR.

Sumber: BBC

JomKomen!