V untuk ‘Victory’ kepada semua pemain.
Dari Battlefield 3 hinggalah ke Battlefield 4 dan Battlefield 1, EA telah memecahbelahkan komuniti pemain dengan model DLC berbayar. Setiap kali siri Battlefield dikeluarkan, peminat mahukan model ini dibuang, dan akhirnya untuk Battlefield V, Premium Pass tidak akan digunakan lagi.
Dalam kata mudah, semua DLC dan map yang akan dikeluarkan selepas pelancaran game ini semuanya adalah percuma.
Selain itu, EA turut telah belajar daripada kesilapannya pada tahun lalu apabila menerima kontroversi yang cukup besar terhadap sistem loot box dan model pay-to-win dalam Star Wars Battlefront II.
Battlefield V tidak akan ada semua model dan sistem yang merepek itu. Disahkan oleh EA kepada IGN, item yang dijual dan boleh dibeli oleh pemain dalam game ini hanyalah bersifat kosmetik. Kosmetik ini boleh dibeli dengan mata yang dikumpul semasa bermain dalam game atau dengan matawang premium.
Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober ini.
Nak tahu lebih lanjut tentang Battlefield V? Korang boleh baca artikel di bawah.
Comments
Loading…