War Stories merupakan bahagian story campaign yang pertama kali dibawakan oleh DICE dalam Battlefield 1. War Stories memaparkan kisah-kisah yang tidak pernah diceritakan dalam perang-perang besar yang berlaku dalam sejarah.
Selepas mendapat pujian, ia dikembalikan dalam Battlefield V. Dalam BFV nanti, terdapat 4 kisah yang akan ditampilkan, iaitu Nordlys, Under No Flag, Tirailleur, dan The Last Tiger.
Melalui EA Partners Program, Youtuber Westie telah diberikan peluang untuk mencuba War Stories dan beliau dibenarkan untuk memuat-naik beberapa minit gameplay 3 daripada 4 War Stories yang ada. Keseluruhan gameplay yang dikongsikan tersebut berdurasi 10 minit, dan korang boleh tontonnya di bawah.
Kalau korang mahu merasakan pengalaman War Stories ini sendiri dan tidak mahu melihat spoiler, lebih baik jangan tonton video ini.
Senarai semua senjata, kenderaan dan gajet yang akan dibawakan ke dalam BFV pada hari pertama pelancaran boleh korang lihatnya di sini.
Battlefield V akan dilancarkan pada 20 November ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…