in , , , , ,

Battlefield V Keluarkan Video Trailer Terbaru, Paparkan 8 Map Yang Akan Ada Semasa Pelancaran

Battlefield V akan dilancarkan kurang sebulan dari sekarang. Dalam satu video trailer terbaru menjelang pelancarannya, EA dan DICE telah memperkenalkan kepada kita kesemua lapan map yang akan dibawakan pada hari pertama pelancaran game ini.

Dalam video yang korang boleh tonton di bawah, mereka menjelaskan bagaimana bentuk setiap satu dan apakah yang menarik tentang map tersebut. Mereka turut menerangkan apakah signifikannya map itu kepada sejarah sebenar semasa kejadian pada Perang Dunia Kedua.

Jom saksikan video yang sangat epik ini:

Selain map yang meliputi dari gurun di Afrika Utara hinggalah ke pergunungan bersalji di Norway, video ini juga memperlihatkan sedikit map Panzerstorm yang akan dikeluarkan pasca-pelancaran game ini melalui Tides of War. Lebih banyak kandungan akan dibawakan pasca-pelancaran, yang korang boleh bacanya di sini.

Battlefield V akan dilancarkan pada 20 November ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Titanfall 3 Dan Star Wars Jedi: Fallen Order Kemungkinan Akan Dilancarkan Pada Penghujung 2019

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk November 2018