Pada ketika Battlefield V dibanjiri dengan berita mode battle royale, Firestorm pada minggu ini, DICE tampil ke hadapan untuk memberikan penjelasan kepada kegusaran sesetengah pemain.

Seorang pengguna Twitter telah menyatakan kebimbangan apabila Firestorm dilancarkan nanti, DICE akan terus melupakan dan kurang menyokong mode-mode lain dalam Multiplayer. Walau bagaimanapun, DICE telah menjawab persoalan ini:

“Kami ialah Battlefield terlebih dahulu, Royale adalah satu penambahan kepada pengalaman Battlefield. Dalam pada kami terus ke hadapan, Multiplayer akan kekal menjadi fokus utama kami.”

Dua hari lalu, sebuah video tutorial Firestorm telah tertiris, memperlihatkan apakah yang akan disajikan dalam mode yang sangat dinantikan itu.

Firestorm dijadualkan akan dilancarkan ke dalam Battlefield V pada bulan ini, namun EA dan DICE masih belum mengumumkan tarikh tepat pelancarannya.

JomKomen!