in , , , , ,

Battlefield V: DICE Dilaporkan Sedang Memprototaip Mode Battle Royale

Semua game mahu keluarkan battle royale masing-masing!

Menurut laporan VentureBeat yang memetik daripada sumber mereka, DICE dikatakan sedang memprototaip mode battle royale untuk game Battlefield yang akan dilancarkan pada Oktober ini.

Studio itu dilaporkan sedang melihat bagaimana genre yang kini menjadi fenomena itu boleh dimasukkan ke dalam mekanik Battlefield V. Laporan itu turut menyatakan yang DICE sudah berpuas hati dengan apa yang mereka sudah ada, walau bagaimanapun mode ini tidak akan tersedia semasa pelancaran game itu nanti.

Terdapat beberapa kemungkinan sekiranya mode ini diluluskan oleh EA, antaranya; menambah mode ini secara percuma selepas pelancaran Battlefield V; memasukkanya ke dalam game Star Wars Battlefront seterusnya; atau membangunkan sebuah game baru sekaligus yang fokus kepada mode ini.

Battlefield V adalah judul yang dilaporkan digunakan untuk Battlefield akan datang – yang mana khabar angin mengatakan ia bakal menampilkan latar belakang Perang Dunia Kedua serta mempunyai misi co-op.

EA telahpun mengesahkan yang Battlefield baru akan dikeluarkan pada Oktober 2018, namun tidak mendedahkan bilakah mereka akan berkongsi maklumat lanjut. Game ini turut akan boleh dimainkan pada semasa EA Play pada Jun ini nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerjasama Selama 10 Tahun Antara Konami Dan UEFA Akan Tamat Pada Bulan Hadapan

Epic Games Usik Peminat Dengan Pelancaran Fortnite Di China