Jangan salah sangka, ini bukan payung terjun seperti dalam game battle royale!

Antara tradisi yang mungkin tidak ramai perasan, setiap kali Battlefield baru dikeluarkan, pasti akan ada game mode baru yang diperkenalkan. Untuk Battlefield V, pastinya ia juga tidak terlepas daripada tradisi ini.

Dalam satu tweet, DICE mendedahkan sebuah mode baru yang digelar Airborne. Pemain akan melakukan terjunan menggunakan payung terjun secara beramai-ramai, dan bekerjasama antara skuad untuk memusnahkan atau mempertahankan artileri. Mereka perlu memastikan tiada marabahaya yang datang dari atas.

Dalam tweet tersebut, mereka turut memuatnaik gambar ini:

Battlefield V akan diperlihatkan dengan lebih lanjut semasa sidang media EA Play yang akan berlangsung pada 10 Jun ini, 2 pagi (waktu Malaysia). Segala maklumat tentang livestream untuk acara ini korang boleh dapati di sini.

Battlefield V akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober nanti.

JomBaca: Mengapa Ia Digelar ‘Battlefield V’, Sistem Nombor Roman Digunakan? DICE Beri Penjelasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.