in ,

Battlefield Seterusnya Mungkin Akan Ada Bencana Alam Yang Dapat Musnahkan Bangunan

Siri Battlefield sememangnya cukup sinonim dengan kemusnahan yang dapat mengubah dinamik sesebuah perlawanan.

Orang dalam industri, Tom Henderson nampaknya tidak henti-henti memberikan butiran awal tentang Battlefield seterusnya. Terbaharu, beliau mengatakan Battlefield akan datang itu bakal memperkenalkan bencana alam ke dalam game.

“Dalam Battlefield [seterusnya], letupan-letupan bukan satu-satunya yang boleh memusnahkan dan meranapkan bangunan,” kata Henderson dalam satu tweet. “Alam semula jadi dapat memusnahkan lebih banyak.”

Kemudian beliau menaikkan tweet susulan dengan beberapa gambar bencana alam seperti tsunami, taufan, letusan gunung berapi, dan gempa bumi.

Walaupun Henderson sering mendedahkan beberapa info awal yang akhirnya disahkan sahih, butiran ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Oleh itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

Sebelum ini, beliau ada melaporkan Battlefield seterusnya hanya berjudul ‘Battlefield’, menggunakan latar masa 10 Tahun akan datang.

Battlefield seterusnya ini dijadualkan dilancarkan pada hujung tahun ini, dan acara pendedahannya dijangka akan berlangsung sekitar Mei ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Video Deepfake Keanu Reeves Sebagai Jin Sakai Dalam Ghost of Tsushima

Penggambaran The Last of Us HBO Dijadual Berjalan Hampir Setahun Bermula Julai Ini