in , , ,

Battlefield Seterusnya Disahkan Bakal Tiba Pada Tahun 2021 Untuk PS5 Dan Xbox Series X

Sebelum ini, kita telahpun mengetahui bahawa game Battlefield seterusnya akan dilancarkan pada tahun fiskal 2022, iaitu tempoh waktu yang bermula dari 1 April 2021 hingga 31 Mac 2022.

Terbaharu, ketika bercakap kepada IGN, DICE telah mengecilkan skop waktu pelancaran ini, yang mana Battlefield seterusnya disahkan akan tiba untuk PS5 dan Xbox Series X pada tahun 2021.

Dalam kenyataan itu, DICE mengumumkan kemaskini Battle of Scarif dalam Star Wars Battlefront 2 merupakan kemaskini terakhir untuk game itu. Maka, kata DICE, memandangkan sokongan untuk Battlefield V dan Star Wars Battlefront 2 dah berkurangan, fokus utama mereka kini kepada game Battlefield yang akan dilancarkan pada 2021 itu.

Bagi yang tidak tahu, beberapa hari lalu, DICE sudahpun mendedahkan bahawa kemaskini untuk Battlefield V pada Jun nanti juga merupakan kemaskini utama terakhir game itu.

Walau bagaimanapun, mereka masih belum mendedahkan sebarang butiran lanjut tentang Battlefield seterusnya itu, seperti apakah latar belakang yang bakal dibawakan ke dalam game perang itu masih menjadi tanda tanya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Blood Moon: Genesis: Game Buatan 7 Pelajar Malaysia Yang Seumpama Dark Souls, Mainkan Percuma

Blood Moon: Genesis: Game Buatan 7 Pelajar Malaysia Yang Seumpama Dark Souls, Mainkan Percuma

Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor