in , , ,

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Hanya Berjudul ‘Battlefield’, Latar Masa 10 Tahun Akan Datang

Tom Henderson, orang dalam industri yang sering melaporkan info-info awal yang belum diumumkan secara rasmi, kini kembali dengan butiran baharu untuk Battlefield akan datang.

Kali ini, Henderson bukan setakat berkongsikan dalam satu atau dua tweet, tapi menulis satu artikel di getrevue.co.

Berikut ialah apa yang beliau dedahkan dalam artikel tersebut, yang mana ada butiran baharu, dan ada juga butiran sama yang pernah dilaporkan sebelum ini:

  • Ia umpama satu reboot kerana hanya menggunakan judul ‘Battlefield’.
  • Latar masa 10 tahun akan datang.
  • Menggunakan teknologi senjata dan gajet moden dan masa hadapan terdekat (near future).
  • Akan ada robot, dron, jet, helikopter, kereta kebal dan lain-lain yang tidaklah terlalu futuristik.
  • Campaign (single-player) akan direvolusi berbanding game-game terdahulu. Pemain mempunyai satu pasukan pakar, kemudian Amerika Syarikat dan Rusia akan menawarkan pasukan itu untuk menyertai mereka. Pemain boleh memilih untuk bergabung dengan negara mana.
  • Campaign dikatakan ada juga mode co-op.
  • Trailer pertama kelak tidak akan ada paparan gameplay. Lebih kurang sama macam trailer pertama Battlefield V.
  • Dikatakan “Battlefield ¾ on steroids”, bermakna akan mempunyai banyak elemen peperangan macam Battlefield 3 dan Battlefield 4, tapi jauh lebih besar.
  • Mode battle royale yang berasingan dengan game utama. Gunakan judul baharu, bukan lagi Firestorm seperti dalam Battlefield V kerana mode itu gagal. Senada dengan laporan baru-baru ini.
  • Battle royale akan ada 4 kelas macam dalam game utama tapi mempunyai abiliti-abiliti tambahan yang sesuai untuk mode battle royale. Kemungkinan, Scout ada abiliti tapak kaki senyap, Assault boleh lari lebih lama, dan lain-lain.

Walaupun Henderson sering melaporkan info-info yang kemudiannya disahkan tepat, butiran-butiran terbaharu ini masih lagi dalam status khabar angin selagi belum diumumkan secara rasmi oleh EA dan DICE. Oleh itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

Battlefield seterusnya ini dijadualkan dilancarkan pada hujung tahun ini, dan acara pendedahannya dijangka akan berlangsung sekitar Mei ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rasmi: Sony Akan Tutup PS Store Di PS3, Vita, PSP – Tapi Masih Boleh Muat-Turun Game Yang Telah Dibeli

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

PlayStation Studios Malaysia Kini Buka Banyak Jawatan Kosong – Juruanimasi, Artis Teknikal, Pengurus Jurutera