in , ,

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Dipengaruhi Kuat Oleh Battlefield 3, Bawakan 128 Pemain

Kita baru sahaja memasuki tahun 2021, namun ia sudah cukup untuk mengujakan kami kerana sekitar hujung tahun ini, Battlefield yang baharu akan dilancarkan.

Menambah keterujaan ini, terdapat satu laporan baharu yang muncul, memberikan sedikit sebanyak butiran tentang Battlefield seterusnya itu. Laporan ini hadir daripada orang dalam industri, Tom Henderson di channel Youtube TheLongSensation (via altchar).

Beliau menyatakan bahawa Battlefield seterusnya akan dipengaruhi kuat oleh Battlefield 3, salah satu game terbaik yang pernah dikeluarkan dalam siri Battlefield. Dalam kata lain, ia akan menggunakan latar belakang moden.

Menurut Henderson lagi, game itu nanti mungkin akan digelar ‘Battlefield 6’ atau hanya ‘Battlefield’ sahaja kerana ia dikatakan sebuah soft reboot untuk siri game peperangan itu.

Selain dilancarkan untuk platform konsol terkini iaitu PS5 dan Xbox Series X, seperti yang pernah JomGaming laporkan sebelum ini, Battlefield 6 dikhabarkan turut akan dilancarkan ke konsol generasi lama iaitu PS4 dan Xbox One.

Satu lagi ciri yang mampu membuatkan mata kita terbeliak ialah laporan ini juga mengatakan yang Battlefield 6 akan dibangunkan dalam persekitaran yang boleh memainkan bilangan pemain maksimum seramai 128 orang dalam satu-satu masa. Maksudnya, akan ada mode mampu menampung sehingga 128 pemain, ada juga mode lain yang menawarkan bilangan pemain yang kurang daripada itu, seperti kebiasaan 32-lawan-32.

Memandangkan konsol generasi lama tidak memiliki hardware yang mencukupi, PS4 dan Xbox One hanya akan membawakan mode dengan jumlah pemain maksimum 32-lawan-32 sahaja.

Laporan tentang bilangan pemain seramai ini tentunya selari dengan apa yang pernah dinyatakan oleh EA sebelum ini, di mana Battlefield seterusnya akan menyajikan sesuatu “dengan skala yang tak pernah disaksikan sebelum ini“.

Seperti biasa, walaupun laporan ini kedengaran cukup menarik, jangan terlalu berharap kerana ia masih belum diumumkan secara rasmi oleh EA dan DICE.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Rupanya Gameplay Bloodborne Kalau Dibikin Untuk PS1

Fortnite Bawakan Kandungan Bola Sepak – Emote Pele Dan Kostum 23 Kelab Ternama