Game seterusnya dalam francais Battlefield dilaporkan sudah berada dalam pembangunan aktif, walau bagaimanapun ia masih berada dalam peringkat pra-produksi.
Laporan ini hadir dari wartawan tersohor, Tom Henderson di Xfire.
Menurut satu sumber dalaman yang diterimanya, Henderson mengatakan yang DICE sudah menerima “beberapa pengajaran berharga” setelah pelancaran Battlefield 2042.
“Saya rasa kami akan berpatah balik daripada banyak perubahan yang kami lakukan dalam Battlefield 2042,” kata sumber tersebut.
Laporan ini mengatakan lagi bahawa sebahagian besar pembangun dalam DICE telah berpindah untuk membangunkan Battlefield seterusnya, namun masih mempunyai sebahagian pasukan berdedikasi yang masih terus mengusahakan penambahan kandungan untuk Battlefield 2042.
Proses ini sememangnya tidak mengejutkan untuk francais AAA popular. Apabila sesebuah game sudah dilancarkan, sebahagian besar pasukan akan fokus untuk membangunkan game seterusnya kerana sesebuah game mengambil beberapa tahun untuk dibikin, dalam masa sama sebahagian yang lain akan terus menyokong game sedia ada.
Tentunya tiada sebarang info lanjut tentang Battlefield seterusnya ini, namun menurut beberapa sumber yang diterima Henderson, game itu masih akan menggunakan tema dan latar belakang moden/masa hadapan dekat (near-future).
Apa-apa pun, seperti biasa, anggap saja ini seperti satu khabar angin sahaja selagi EA atau DICE belum mengumumkan apa-apa secara rasmi.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!